~ STUDIOs CREW ~

Thursday, November 03, 2011

VINTAGE MAKE-UP & HAIRSTYLES

Dear readers... Satin pernah share knowledge tentang ARABIC MAKE-UP sebelum ni, & kali ni Satin nak share satu lagi style mekap dengan u all semua iaitu - VINTAGE MAKE-UP -

VINTAGE MAKEUP ni merupakan style mekap yang popular sekitar tahun 1940-an. Mekapnye boleh dikategorikan simple sebab mekap ni hanya banyak memberi tumpuan pada penggunaan eyeliner dan kaler lipstick/gincu yang terang-terang. Tapi zaman ni bukan setakat mekap jerk yang diamik berat tapi cara menata rias gaya rambut jugak sangat dititik-beratkan untuk disuaipadan dengan bentuk muka masing-masing.

" VINTAGE MAKE-UP 1940's "


~ MENYEMPURNAKAN BENTUK MUKA ~

Bentuk muka yang bujur dikatakan bentuk muka yang sempurna.
Tapi camane lak kalau seseorang tu tak memiliki bentuk muka yang bujur?
So, let's see panduan membentuk bentuk muka melalui mekap dan gaya rambut.



BENTUK MUKA BULAT
(ROUND SHAPE FACES)
1. Jangan pakai baju yang mempunyai kolar yang tinggi sejajar dengan ketinggian leher. Ini akan meyebabkan leher menjadi pendek dan menyerlahkan lagi bentuk muka yang bulat!.
2. Pastikan tak ada potongan rambut yang menutupi dahi
3. Pakai gincu/lipstick selaras dengan bentuk bibir. Jangan nak mengada-ngada lebihkan garisan bibir ek, kononnya nak seksi laaa. T baik-baik nak lawa da jadi rupa badut.



BENTUK MUKA PERSEGI
(SQUARE SHAPE FACES)
Elakkan daripada memotong rambut pendek dan tergantung di paras leher atau terlalu pendek sehingga melebihi paras dagu. Jangan sesekali hiraukan kekurangan fizikal wajah seperti bibir yang nipis atau leher yang bulat atau tinggi mendatar.
Berikan haircut yang sedikit melengkung kedalam di hujung rambut atau di tepi sekitar wajah selaras tepat dengan garisan antara dagu dan leher atau boleh jugak dipanjangkan sket.
Penuhi ruang bibir bawah dengan calitan lipstick. Sebaiknya cari baju yang mempunyai potongan leher V. Ini kerana penggunaan leher baju berbentuk V dapat membantu membentuk ilustrasi rahang seolah-olah menurun ke bawah.



BENTUK MUKA PANJANG
(LONG/NARROW SHAPE FACES)
Elakkan dari memakai leher baju berbentuk V kerana ini akan menonjolkan bentuk muka yang lonjong/panjang.
Elakkan juga potongan atau dandanan rambut yang meninggi di atas kepala kerana keadaan ini juga membantu memperlihatkan bentuk wajah yang lonjong/panjang.
Sebaiknya berikan potongan atau dandanan rambut yang bergelombang dan carilah baju yang mempunyai potongan leher bulat atau yang paling sesuai leher bulat yang sedikit keatas (turtle neck).

Jom tengok vedio ringkas membentuk kesempurnaan bentuk muka :


***********************************************
************************

~ VINTAGE MAKE-UP ~

Mekap yang mementingkan penggunaan eyeliner dan maskara. Eyeshadow digunakan dalam kuantiti yang paling minimun hanya bertindak sebagai pembayang mata. Wajah vintage diserikan dengan kilauan lipstick yang menyerlah dengan penggunaan warna-warna yang terang.

FOUNDATION / BEDAK ASAS
Gunakan bedak asas/foundation dari yang berunsur cream dan senada dengan warna kulit.
Kalau nak menampakkan kelainan tak salah untuk memilih bedak asas yang berwarna sedikit gelap.

BEDAK TABUR / LOOSE POWDER
Kesan terbaik adalah pemilihan warna yang lebih terang daripada kelompok pinkish atau light roes.

PEMERAH PIPI / ROUGE / BLUSHER
Merah yang diselangi tona pink/merah jambu
Pink/merah jambu diselangi tona fuschia
Teknik pemakaian blusher leh refer kat tajuk PENYAPUAN YANG TEPAT dalam entri "Tips cantik - PIPI"

MATA & SEKITARNYA
KENING - Bentukkan kening menjadi runcing di hujung dengan kesan lengkung yang sesuai
Gunakan matte eyeshadow untuk highlight di bawah kening dan adunkan dengan sedikit warna yang berkilau sebagai kesan shining.
Bentukkan kening dengan menggunakan pensil kening yang agak runcing untuk membentuk ekor kening yang tajam.

KELOPAK MATA - Sentiasa gunakan pembayang (eyeshadow) mata berwarna lembut. Hidupkan sedikit soket tatapi elakkan daripada mengenai tulang kening. Completekan mekap mata dengan meyapu eyeliner menggunakan liquid eyeliner berwarna hitam atau coklat pekat. Tarik ke atas di hujung ekor.mata. Akhiri merias mata dengan sapuan maskara hitam di bahagian bulu mata atas dan tebalkan hujung bulu mata untuk kesan yang lebih glamour.


LIPSTICK
Era mekap Vintage merupakan satu era zaman kegemilangan mekap yang menggunakan lipstick/gincu dari kelompok warna-warna yang terang. Berikut merupakan contoh-contoh warna lipstick yang popular untuk jenis mekap ini.

MONO TONE


CONTRAS TONE

Light Red
Orange Red
Pink Red
Fuchsia




Deep Red
Cherry Red
Brick Red
Crimson







***********************************************
************************

~ VINTAGE HAIRSTYLES ~

Vintage Hairstyle bagi Satin terlalu istimewa kerana setiap patern / stylenya mempunyai nama tersendiri.

THE MOST POPULAR VINTAGE HAIRSTYLES




1. UPDOS & BANG






2. THE PEEK-A-BOO BANG



3. TOP REVERSE ROLL




4. PIN CURLS




5. GLAMOROUS RETRO






6. PAMPADOUR




7. ROCKABILLY




8. MARILYN MONROE




9. BEEHIVE HAIR





10. VICTORY ROLLS





***********************************************
************************

Sebelum Satin endkan entri ni, Satin attach lagi beberapa gambar VINTAGE MAKEUP & HAIRSTYLE untuk reference.













Okeis... thats all for now... jumpa lagi.. da-daa... :)

***********************************************
************************

Friday, October 28, 2011

Apa Itu Bersolek?

Salam buat semua pembaca setia.
Sebelum ni Satin selalu bagi tips dan info tentang kecantikan dan cara-cara penggunaan alat solek. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan bersolek sebenarnya?? So kat sini Satin share ngan korang apa yang dimaksudkan dengan bersolek dan apa yang korang perlu tau tentang bersolek.

APA ITU BERSOLEK?


BERSOLEK bermaksud mendandan wajah dan rambut dengan kemas agar kelihatan bersih, rapi, berseri, tampil hebat dan penuh keyakinan.

Ada yang menggunakan jenama sederhana yang ringkas, malah ada jugak yang menggunakan jenama mahal yang lengkap. Apapun sebaik-baiknya pilihlah barangan yang paling sesuai denagn jenis kulit, warna kulit dan yang paling penting mengikut kemampuan masing-masing.... Ye la kalau duit tak banyak tapi nak beli mekap harga ribu riban, mampoo kew???...

Bersolek bukan sekadar mewarnakan atau mengenakan warna dan alat solek pada wajah jerk tapi mesti jugak amik tau tentang pemilihan warna dan penggunaan teknik yang betul. Sebabnya perkara ni bukan setakat untuk korang kelihatan cantik tapi secara tak langsung jugak akan menolong korang yakin dengan penampilan diri. Tapi awas!! Sebaliknya korang akan kelihatan hodoh atau lebih tua dari usia sebenar jika teknik solekan korang salah. Jadi untuk tau tentang teknik-teknik mekap yang betul korang leh la refer kat entri-entri 'Tips Cantik' yang Satin da buat sebelum ni ya... 

PERKARA ASAS YANG PERLU DIAMBIL TAHU SEBELUM BERSOLEK
1 - Pastikan jenis kulit korang
2 - Ke mana arah tuju solekan korang tu... contohnya cam mekap untuk gi dinner ke, nak buat show ke, wedding, gi opis ke atau ape je lah...
3 - Tema apa yang korang bawak; contohnya cam elegen, funky atau girly
4 - Warna camana yang paling sesuai.

KUMPULAN-KUMPULAN WARNA
Bercakap pasal warna nie... asasnya warna ada dua kumpulan iaitu : kumpulan warna sejuk dan kumpulan warna panas. Biasanya kumpulan warna sejuk ni cam ; BIRU PUTIH dan  MERAH JAMBU. Manakala kumpulan warna panas lak antaranya ; MERAH, KUNING dan OREN.

Lepas dah pastikan kumpulan warna apa yang mampoo untuk menyerlahkan lagi penampilan korang, korang kena la pulak mengambil kira tentang pemilihan alat solek yang betul. Terpulanglah sama ada dari segi jenama atau kebersihannya sebab solekan atau mekap seharusnya memberi kesan positif pada metabolisme kulit dan membatu memperbaiki keadaan kulit.


OKEY!!! Thats all for now... 
GOOD LUCK!!

Wednesday, September 28, 2011

PEMERAH PIPI / BLUSHER

HOLLA!!!.... Salam buat semua....
Jumpa lagi dalam segmen 'tips & info' cantik... macam iklan lak ek...
Bagi sesape yang suka bersolek, pastinya solekan tak akan lengkap tanpa pemakaian pemerah pipi @ blusher kan. Nak tau tak cara atau teknik pemakaian blusher yang betul dan tepat??? Jom study kat sini...

Fist of all kita kena tau jenis-jenis blusher / pemerah pipi... Ada 5 jenis blusher utama yang selalu terdapat di pasaran...

JENIS-JENIS
PEMERAH PIPI / BLUSHER


1. CECAIR / LIQUID
- Jenis ini hanya perlu disapukan dengan bantuan jemari.




2. CREAM
- Sesuai bagi yang berkulit normal-kering.




3. TABUR / DEBU
- Paling sesuai digunakan bagi kulit yang berminyak.




4. COMPACT
- Biasanya jenis ini mempunyai berus tersendiri dan sangat mudah untuk dibawa serta sangat praktikal.




5. DUO
- Berfungsi sebagai pemerah pipi (blusher) dan juga boleh digunakan sebagai pembayang mata (eyeshadow).




6. BRONZER / PINKISH
- Berwarna tembaga atau coklat tua (shimmer).
- Merah jambu dan berkilat (Shimmer).




**************************

PENYESUAIAN BLUSHER DENGAN WARNA KULIT


Bila dah kenal jenis-jenis blusher, sekarang kita kena la pulak pastikan apakah rona kulit (skin tone) dan nada kulit kita nie. Ini semua untuk memudahkan pemilihan blusher yang paling sesuai.

1 - Secara rawaknya, rona kulit terdiri dari dua jenis iaitu :
hangat (warm tone)
dingin (cool tone)

2 - Jika kulit cenderung berwarna kuning langsat, kecoklatan hingga gelap, maka kulit korang termasuk dalam kategori "warm tone".
Untuk itu, pilih warna jingga, merah kecoklatan, tembaga atau peach tua.

3 - Jika berkulit cerah, terapkan warna merah jambu, peach muda atau 'beige' sebagai perona kulit jenis dingin (cool tone)

4 - Nada kulit berkaitan dengan tingkat terang atau gelapnya warna kulit. Makin gelap warna kulit, makin kuat warna pemerah pipiyang harus digunakan.

**************************

PENYAPUAN YANG TEPAT

Selain membuat wajah tampak lebih berseri, blusher juga berfungsi memberi dimensi pada wajah.
Jom study cara pakai blusher ikut bentuk wajah pulak.


1. Bentuk wajah BUJUR / OVAL




Bentuk wajah oval selalunya dianggap sebagai bentuk wajah paling ideal. Untuk Nampak sempurna, sapuan blusher hendaklah sedikit melengkung mengikut tulang pipi.

* Sapukan blusher secara memutar di bahagian tengah pipi dan kemudian ke arah atas menuju ke pelipis (buat cam logo Nike tue…) Untuk pemakaian pada waktu malam, tambahkan sedikit blusher pada jambatan hidung untuk menambahkan warna *


2. Bentuk wajah PANJANG / OBLONG



Wajah yang panjang biasanya mempunyai pipi yang tinggi dan dagu memanjang.  Untuk menyeimbangkan wajah, sapukan blusher pada bahgian atas atau sekitar area tulang pipi secara horizontal (arah pemulasan ke kanan dan ke kiri merata).  Lebih tepat lagi sapukan blusher dengan menarik garis lebih mendatar dari hidung ke arah telinga. Teknik ini untuk mencipta ilusi wajah lebih lebar.
Pastikan sapuan tersebut cukup lebar sehingga tidak terlihat seperti riasan perang.
Tambahkan shading di area dagu dengan pilihan warna blusher lebih gelap dari warna pipi.


3. Bentuk wajah BERSEGI / PETAK



Bentuk wajah bersegi kebiasaannya mempunyai garis rahang yang kuat. Untuk menyamarkan kesan tajam, sapukan blusher ke arah mendatar dan ratakan ke atas hingga mendekati telinga. Hindari warna-warna yang menyala.

* Untuk menghaluskan bentuk rahang, sapukan blusher dengan arah memutar dan fokus pada bulatan pipi. Jika ingin membulatkan sudut rahang, sapukan blusher dengan ringan dari dagu ke tepat di bawah telinga. Pastikan untuk tidak terlalu dekat dengan hidung, jika tidak, warna ekstra tersebut akan menarik perhatian pada area bulatan pipi *


4. Bentuk wajah BULAT / ROUND



Wajah yang bulat dapat diselesaikan dengan teknik penyapuan blusher dari pangkal telinga menuju ke pipi dengan menggunakan berus besar.
Mulakan dengan arah pemulasan dari atas ke bawah. Definisikan wajah dengan memakai blusher dengan sudut 45darjah – ikuti bentuk tulang pipi.


5. Bentuk wajah SEGI TIGA / HEART



Bentuk wajah ini mempunyai ruang dahi yang agak sempit dari ruang rahang. Ratakan blusher dari sisi hidung ke arah atas. Hindari warna yang gelap.


**************************

EXTRA TIPS & TRICKS

  • Memakai blusher juga memliki trick tersendiri agar wajah kelihatan sempurna.
  • Untuk sapuan blusher merata pada wajah, gunakan berus yang besar dan berbulu lembut. Ini akan menjadikan efek warna tampak lebih natural.
  • Mengoles blusher terlalu kebawah akan memberi impak wajah kelihatan lebih tua.
  • Bagi yang memiliki kulit yang berjerawat dan bermasalah, elakkan menyapu blusher lebih banyak. Ianya dikhuatiri jerawat akan kelihatan lebih bengkak.
  • Gunakan blusher jenis cream bagi kulit yang berkedut.
  • Wajah pasti akan kelihatan seperti badut sekiranya blusher dibentuk bulatan hanya di bahagian pipi.
  • Bagi yang bertudung, elakkan blusher terlampau terang. Warna tudung dan hiasan kerongsang sudah memadai.
  • Masih bingung untuk mendpatkan posisi yang tepat dalam pemakaian blusher? Caranya adalah dengan mencubit-cubit bahagian pipi dan perhatikan bahagian pipi yang paling berwarna kemerahan, maka disitulah spot yang tepat dalam mengaplikasikan blusher.


~ SELAMAT MENCUBA!! ~