~ STUDIOs CREW ~

Sunday, February 27, 2011

Ratu Satin Service...

HOLLA!!
Welcome to Ratu Satin Studio 1!! (Chewaah... Cakap omputeh gitu!)
Studio 1 ni Satin wat khas untuk make-over mekap & wat henna.

Kalau ikutkan pengalaman mekap da lebih dari 10 tahun da ( cheh! mukadimah la pulak...). Tapi masa lom kawen dulu mak tak bagi mekap pengantin, biasa laaa.. otai-otai selalu kata kalau anak dara mekap pengantin t lambat kawen tak pun t hilang seri masa jadi pengantin. Jadi masa tu banyak wat mekap tunang je la ngan dinner. Kekadang cakap otai-otai ni kena dengar gak. Sebab kekadang ada yang betul. Tapi ada gak curi-curi mekap untuk nikah dan majlis mengundur (bertandang umah pantin lelaki). Cover...cover...
Pas kawen je, da dapat 'lesen besar' terus masuk line pengantin...

So, kat bawah ni Satin de letak sebahagian gambar daripada hasil keje Satin untuk korang tengok... gambar sebelum dan selepas mekap. Tapi kat sini contoh jer yea. Kalau nak tengok lagi banyak, pasni clik la kat sini











Nampak tak jururawat jerawat kat gambar pengantin no 1 tu???
Pengantin tu tetiba je g wat facial sehari sebelum majlis. Haa amik kau! Meletup jururawat  jerawat kat atas pipi bawah mata kiri tu... daa bengkak daaa... Puas tutup guna macam-macam cara, tersembul gak!
Tips : Seelok-eloknya buat facial sebulan sebelum majlis atau selewat-lewatnya seminggu sebelum majlis. Untuk body treatment buat la seminggu sebelum majlis.

Ha...camane? Ok tak?.....
Kalau pengantin amik pakej kat butik yang Satin keje, butik tu la yang akan bayar duit service mekap kat Satin.
Tapi kalau yang call Satin personally kena la bayar service kat Satin personally gak ikut harga yang telah ditetapkan.

Ok jom tengok contoh gambar inai mahendi/henna lak...

 
ni contoh je ye...

Untuk inai mahendi/henna ni biasanya Satin akan buat free design. Tapi Kalau pengantin request untuk ikut corak yang diaorang sediakan pun boleh gak... cuma Satin akan amik xtra cas la ya.... 

Tips selepas memakai inai mahendi/henna :
  1. Untuk mengekalkan / menambahkan kesan warna merah pada inai : Biarkan inai kering dan tanggal dengan sendiri. Sapukan minyak Mahendi Oil (boleh didapati di kedai-kedai pengantin India) atau boleh digantikan dengan perahan jus limau nipis.
  2. Untuk mengekalkan inai lebih lama : Jangan mengenakan losyen tangan untuk jangkamasa terdekat.
*Time cuti sekolah panjang, beratur anak sedara nak lukis inai kat tangan. Gambar spongebob ngan doraemon pun jadi gak! Last-last suami sendiri pun suh lukis gambar pedang setiawan kat tangan. Ntahapahapa tah....

Oh ya... Sebelum terlupa, nak bagitau....
Harga untuk mekap dinner & wat henna/mahendi tu ialah harga yang telah ditetapkan sekiranya korang wat kat Studio Satin. Kalau korang request untuk Satin pergi ke rumah korang, Satin kena la cas duit minyak sebanyak RM 20.00... Okey???....

Thats all for now...
ADIOS!!!


No comments: