~ STUDIOs CREW ~

Monday, February 28, 2011

Hadiah Buat Kalian

TARIKH : Ahad, 20/2/2011
LOKASI : Ratu Satin Studio
EVENT   : Outdoor Photoshoot  - Kota Iskandar -
 **************************************************************************

Kanapa tajuk post ni 'Hadiah Buat Kalian'?

Okey.. Budak ni umur dia 26 tahun. Dok kat Taman Universiti, Skudai, JB. Da selamat nikah pada 29/1/2011, dan majlis bersanding 30/1/2011 kat umah mak ayah dia di Felda Bukit Tunggal, Kota Tinggi, Johor.

Suami dia sebenarnya kawan baik suami Satin sejak dari diaorang kecik-kecik dulu. Masa Satin kawen dulu suami dia la pengapit suami Satin dari awal majlis pertunangan kitorang sampai la ke majlis mengundur/bertandang kat umah Ibu Mertuaku...

Yang sedeynye.. masa diaorang kawen aritu (seperti tarikh yang disebutkan tadi) kitorang tak dapat pergi pun sama ada masa majlis nikah ataupun masa majlis bersanding... sebabnya.. masa tu suami Satin langsung tak dapat cuti dan kat Jay Bee ni pun tengah hujan lebat tak berenti (yang sibuk banjir jap aritu).

So ari ni dia nak g amik gambar outdoor kat Kota Iskandar. Jadi Satin sponsor mekap kat dia, dan dapat sewakan baju pengantin siap ngan aksessori dari salah satu butik yang Satin keje dengan harga yang teramat-amat-amat laaa murahnya... (kira staff price)....Yang bestnye janji bagai nak rak cakap datang kul 7.30 pagi. Last-last sampai kul 9.00 pagi siap bawak nasi lemak 5 bungkus sebab lum sarapan, bangun lambat. Rupa-rupanya kepenatan semalam baru balik honeymoon kat thistle PD, Nogori 9. Hampeh tul.......

Jom tengok wajah dia sebelum make-up :

Muka dia tak banyak masalah sangat. Kurang oily cuma ada sket jerawat pasir yang amat kejam kat dahi dia. Agak senang gak aar nak mekap. Yang kesiannye kening dia da la sikit, mak andam kat Kota aritu leh tarah kening yang belakang sampai botak. Lambat lak nak tumbuh. Kesiannyeee......














Muka da letak foundation dan wat shading pun tak banyak sangat.
Muka tak bermasalah guna 1 layer je


Highlight bawah mata kasi hilang eyebag dan buat tulang hidung
Kasi mancung sket hidung dia


 Start makeup mula dari eye shadow...


Mata da siap... Smokey eyes... Blusher kat pipi da letak skali.

Lipstick lom pakai, wat rambut dulu.




Rambut da siap, aksessori da pakai, jom letak lipstick.


Da siap dah... jom letak lipstick...




Selepas final touch-up, inilah hasilnya :



*Hadiah kawen diorag da ada siap da, tapi lom bagi pun lagi sebab diaorang lom pindah umah sendiri. Sekarang dok ngan family suami dulu.

"Selamat berbahagia untuk u all berdua semoga kekal hingga ke akhir hayat dan diserikan oleh cahaya mata yang comel-comel.... Amin....."

ADIOS for now...

No comments: