~ STUDIOs CREW ~

Tuesday, April 26, 2011

Info & Tips Cantik - RAMBUT -

Holla!!!

To all my frenzzz....
Sebelum ni Satin da pernah bagi info & tips cantik tentang 'mata'. So untuk kali ni Satin nak kongsi pulak tentang info & tips cantik tentang RAMBUT.

Tapi sebelum tu Satin nak bagitau yang artikel ni tak khusus untuk perempuan jew... Kaum Adam pun boleh baca... kalau korang pun berminat nak jaga kesihatan rambut korang laaa.....


Orang selalu cakap RAMBUT merupakan mahkota seorang wanita. Sebab tu kita kena jaga kecantikan dan kesihatan rambut dengan sempurna. Tapi korang semua tau ke rambut korang jenis atau spesis apa? tau? nak tau? da tau? atau baru tau???
Eerrmmm.... ape-ape jelah.... yang penting untuk jaga rambut kita agar sentiasa sihat dan cantik, pertama sekali kita kena la tau rambut kita ni kategori apa... Ok jom survey ngan Satin tentang spesis-spesis rambut...


- RAMBUT NORMAL -

Profil : Rambut yang tak kering, tak berminyak dan tak jugak bergumpal
Faktor : Salah satu sebab camane korang leh dapat rambut jenis ni adalah dari faktor keturunan.
Rutin Cucian : Gunakan syampoo yang dirumus khas untuk rambut normal. Kalau jenis yang da lama tak cuci rambut (eerrr.... tak mandi kew??) gunakan syampoo dengan perapinya sekali. Kalau korang rajin cuci rambut jenis ni dengan syampoo dan perapi, rambut spesis ini akan lebih baik dan bertambah sihat.
Rawatan : Pastikan potongan rambut korang yang berspesis ni ringkas dan mudah untuk dibawak. Jangan suka sangat gunakan produk yang terlalu banyak sebab ianya akan merosakkan rambut. Lakukan rawatan setiap minggu, contohnya cam urutan ataupun minyak panas... tapi lakukan secara konsisten... jangan men bantai semacam jerk!
Diet : Cuba amalkan pengambilan multivitamin untuk memberikan keseimbangan nutrien yang diperlukan oleh rambut. Untuk mengekalkan kelembutan dan sinar rambut yang cantik, ambil sedikit makanan berlemak, protien, sayur-sayuran dan buah-buahan segar.


- RAMBUT BERMINYAK -

Profil : Rambut berminyak ni spesis rambut yang berkilat, mudah berbau, tak kembang tapi melekap terus kat kulit kepala. Kalau rambut macam ni, kena selalu uraikan dengan jari supaya rambut tu tak berkumpul.
Faktor : Kalau kulit muka korang jenis berminyak, rambut juga cenderung berminyak. Faktor asas jugak disebabkan oleh pengeluaran sebum yang berlebihan.
Rutin Cucian : Jangan gunakan syampoo yang mengandungi kandungan yang 'berat' sebab ianya akan membuatkan rambut korang yang jenis ni akan lebih berminyak dari selalu. Kekalkan penggunaan syampu yang ringan dan lembut. Amalkan cucian yang kerap dan pastikan korang gunakan perapi di akhir cucian.
Rawatan : Elakkan guna produk yang ada bahan silikon, contohnya macam serum. Sebabnya ia akan jadikan rambut jadi lagi teruk. Cuba gunakan pengering rambut lepas rambut dicuci dan pastikan rambut tu betu-betul kering. Seeloknya rambut jenis berminyak ni dicuci sekerap mungkin.
Diet : Kurangkan mengambil makanan yang berminyak. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan terutama sekali bagi korang-korang yang bergelar perempuan diwaktu haid.Ini kerana pengeluaran sebum pada masa haid akan bertambah.


- RAMBUT KOMBINASI -

Profil : Rambut kombinasi ni pulak biasanya berminyak di akar rambut tapi kering kat hujung rambut.
Rambut yang kering kat hujung tu boleh menyebabkan pelbagai kerosakan seperti rambut pecah atau bercabang.
Faktor : Minyak yang keluar kat akar rambut tu sebab penggunaan terlalu banyak penggaya dan perapi rambut. Yang kering kat hujung tu pulak disebabkan proses pertumbuhan rambut yang melampau.
(Alamak!! cam rambut Satin jerk....)
Rutin Cucian : Penggunaan syampoo yang terlalu kerap menyebabkan pengeluaran minyak di akar rambut. Bila kulit kepala bertindak mengeluarkan minyak berlebihan, kelembapan semulajadi akan hilang.
Rawatan : Cuba gunakan rawatan 'leave-in' untuk memperbaiki rambut dari akar hingga ke hujung dan sebaiknya gunakan produk yang bebas alkohol.
Diet : Elakkan makanan yang terlalu berminyak atau digoreng. Banyakkan makan makanan berkhasiat untuk mengekalkan khasiat rambut yang sepatutnya.


- RAMBUT BERKELEMUMUR -

Profil : Rambut berkelemumur ni sebenarnya akibat daripada masalah kulit kepala yang kering. Faktor utamanya sebab penghasilan sebum berlaku secara berlebihan pada kutikel rambut.
Ada 2 jenis kelemumur iaitu :
  1. Kelemumur kering (warna putih)
  2. Kelemumur berminyak (saiznya lebih besar, agak lembap dan ada bau yang kurang enak)
Faktor : Faktor utama masalah kelemumur ni ialah kerana tekanan dan amalan diet yang buruk. Satu lagi sebab adanya sel kulit mati yang melampau.
Rutin Cucian : Paling senang... gunakan produk yang mempunyai rumusan aktif untuk menghapuskan kelemumur.
Rawatan : Rawatan untuk masalah ni banyak... Korang pergi jerk kat farmasi beli ubat untuk hilangkan kelemumur.. settle!!
Diet : Pilih dan banyakkan makan makanan yang yang kaya dengan vitamin A, macam aprikot, lobak merah, ikan dan minyak ikan.


- KULIT KEPALA KERING -

Profil : Haaa... bila korang tengok ada kepingan-kepingan kecik kat rambut korang, jangan cepat jew korang cakap tu kelemumur. Kerana.. mungkin ianya adalah sel kulit mati dari kulit kepala yang telah kering.
Faktor : Ada 3 faktor yang menyebabkan kekeringan kulit kepala ni iaitu :
  1. Disebabkan oleh tekanan, kekeringan air dalam tubuh (sebab kurang minum air) dan keletihan.
  2. Penggunaan produk syampoo yang terlalu banyak.
  3. Tidak membersihkan rambut dengan sempurna selepas bersyampoo. 
Rutin Cucian : Gunakan syampoo yang lembut dan khusus untuk kulit kepala. Jangan gunakan terlalu banyak produk penggaya rambut, dan pastikan cuci atau bilas rambut dengan bersih selepas disyampoo.
Rawatan : Gunakan produk yang mempunyai rumusan botani untuk rawatan, dan urut lah kulit kepala semasa proses mencuci rambut untuk merehatkannya.
Diet : Banyakkan minum air putih dan kurangkan pengambilan kafein dan berkarbonat. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan seimbangkan diet harian.


Uuuhhhh.... habis daaahh akhirnya.... Camane??? Boleh membantu korang semua?? Satin sekadar berkongsi sedikit pengetahuan yang ada... Kalau korang rasa info dan tips ni tak cukup atau korang kurang konfiden, Satin nasihatkan korang g la jumpa pakar rambut atau pakar kulit kepala yaa!!

That's all for now.....
ADIOS!!!!!




Antara FOUNDATION, CONCEALER & BB CREAM

HOLLA!!!...

Hai my dear lovely readers...
Semalam lepas publishkan 'tips cantik dalam masa 10 minit', ada yang tanya ngan Satin apa beza antara 'FOUNDATION', 'CONCEALER' ngan 'BB CREAM'?

Jadi untuk memudahkan (tak yah nak eksplain kat sorang2)... Satin wat artikel ni supaya u all suma boleh baca dan kongsi bersama...


FOUNDATION

Foundation ni sebenarnya merupakan bedak asas pertama yang digunakan sebelum merias wajah atau muka korang selanjutnya. Biasanya foundation boleh didapati dalam 3 jenis iaitu stick, cecair atau cream.
Liquid foundation


Stick Foundation


Cream Foundation

Fungsi foundation :
  1. Untuk menutupi kekurangan pada kulit wajah dan membuat warna kulit kelihatan lebih menonjol.
  2. Untuk menyamarkan noda serta lingkaran hitam di daerah mata serta menutup segala cela di wajah.
  3. Foundation yang berlainan warna boleh digunakan sebagai shading (warna gelap) dan highlight (warna terang) pada beberapa bagian wajah. Ini akan menjadikan bentuk wajah lebih sempurna dan menonjol.

Untuk mengaplikasikan foundation kat muka, sebaiknya korang gunakanlah sponge (berbentuk segitiga dari bahan sintesis -banyak jual kat kedai-) yang telah dibasahkan supaya sapuan lebih rata dan halus.


CONCEALER

Concealer pulak ialah penyamar noda dimana teksturnya nampak cam sama ngan foundation. Biasanya boleh didapati dalam bentuk cecair (cream/gel) atau bentuk padat (lipstik/pensel)


 
 Liquid & Cream

Lipstick & Pencil

Fungsi utama concealer ialah untuk menutup segala cela dan kekurangan pada kulit muka korang, contohnya cam jerawat, bekas jerawat, noda hitam, lingkaran hitam bawah mata, scar atau parut ringan atau sebahagian dari garis halus. Penggunaan concealer ni akan membuatkan wajah korang menjadi flawless atau senang cakap halus mulus tanpa noda.

Perkara paling penting dalam penggunaan concealer ialah pemilihan warna yg tepat dan cara mengaplikasi yang betul.
Pilihan warna paling ideal ialah 1 tingkat lbh gelap dari warna asal kulit wajah. Sebabnya kalau korang pilih warna yang lebih cerah, ianya akan menonjolkan daerah yang korang berusaha nak samarkan.
Dan untuk hasil yang lebih baik, gunakanlah pelembab wajah terlebih dahulu sebelum menggunakan concealer. Pastu baru korang pakai foundation. Ada gak yang pakai foundation dulu baru pakai concealer.

Tapi kan sebenarnya kalau korang nye muka tak la teruk sangat masalah atau cela yang ada, korang gunakan pelembab dan concealer pun da cukup, tak yah nak pakai foundation. Sebabnya dalam hal menutupi cela di kulit wajah ni, penggunaan concealer jauh lebih efektif daripada foundation. Tapi jangan lak korang aplikasikan concealer kat seluruh kulit muka korang sebab ianya akan mejadikan riasan muka korang kelihatan penuh... Cam pakai topeng lak.

Dan kalau korang pakai foundation pulak, pastu korang tengok segala cela kat muka korang da tak nampak, korang tak yah la sesusah nak pakai concealer pulak... Haa kang berdouble-double cream bertepek kat muka, hilang lawa jadi buruk...


BB CREAM

Apa benda pulak BB Cream ni ek?
BB CREAM ni sebenarnya singkatan dari 'BLEMISH BALM CREAM' iaitu balsam kecantikan kulit. Ianya merupakan satu produk kosmetik semua-dalam-satu yang pertama kat Asia (rasanya kat dunia jugak kot)


 Contoh BB Cream
BB CREAM :
Base + Foundation + Concealer + Sunblock + Moisturiser + Oil Control + Healing Properties (Skin Regeneration, Pore Tightening, Skin Toning) + Optional Feature (Anti-Wrinkle/Brightening/Whitening)

Cream ni mula 'fofular' di kalangan selebriti di Korea, selepas salah seorang artis kat sana menjalani rawatan laser kat muka. Doktor menyarankan artis tu pakai BB Cream lepas tengok wajah dia jadi halus dan licin berbanding sebelumnya.

Lepas jer testimoni tentang kesan BB Cream yang mengagumkan ni tersebar, BB Cream ni menjadi produk kosmetik yang "MESTI DIMILIKI" oleh gadis atau kaum wanita dan jugak artis kat Korea sana.

BB Cream ni dah dianggap sebagai "cream ajaib" sebab kemampuannya untuk memperbaiki kulit dan buat mekap jadi lebih mudah.
Perbezaan antara BB Cream ni ngan produk kosmetik lain, especially foundation ialah, BB Cream merupakan kosmetik pertama yang sekaligus boleh merawat kulit.

Fungsi BB Cream :
  1. Sebagai essential krim, menutrisi kulit dan menghaluskan kulit sehingga menampakkan macam selembut sutera (chewah!!).
  2. Sebagai pelindung tabir suria. Ini kerana kandungan SPF-15 yang terdapat pada krim ni dapat melindungi kulit dari sinar UV yang boleh menyebabkan bintik hitam kat kulit muka.
  3. Membantu membaik pulih masalah kulit dan melindungi kulit wajah daripada bahan kimia merbahaya dari produk mekap lain.
  4. Yang utama ialah boleh menggantikan foundation. Iaitu berfungsi sebagai bedak asas di mana akan menyebabkan mekap nampak sempurna dan wajah tidak berminyak sepanjang hari.

Kebaikkan BB Cream :

1) Hasil selepas sekali pakai 
  • Dapat menjadikan kondisi kulit lebih baik dan lebih sihat serta dapat menutup segala cela pada wajah seperti jerawat, pori-pori, noda-noda, garis halus dan warna yang tidak sekata TANPA menyumbat pori-pori dan merosakkan kulit.

2) Hasil selepas 1 bulan 
  • Berfungsi sebagai oil control dan moisturiser (pelembap), BB Cream juga membantu kulit melawan sinar UV dan pencemaran udara yang boleh merosakkan struktur kulit wajah.  Berjaya mengecilkan pori-pori dan kulit akan menjadi lebih halus, lembut dan sihat.

*Asal mulanya krim ini dicipta untuk mereka yang telah menjalani rawatan laser.

HAA.... Jelas tak? Kalau tak jelas korang baca la banyak kali sampai paham.
Lepas ni pandai-pandai la korang nak pakai yang mana satu untuk korang nye base mekap yea...

Yang paling pentingkan... ini semua hanyalah tipu helah untuk jadi cantik... bukan natural beauty, tapi kosmetik beauty... Sebab pakai mekap... cuba korang keluar umah tanpa secalit mekap pun kat muka... Pas basuh muka, terus je keluar....  HAHAHAAAAA!!!!..... ADA BERANI?????
Satin berani!!.... sebab da natural beauty.... heheheheee.... Jangan maraaaah aaa!!!....





Tips Cantik Dalam 10 Minit

Haii dear readers!!...
Waaa... lama tul la tak wat artikel baru untuk blog nie...
Kesian blog ni eak...

K la tak pew...
Ari ni Satin update artikel baru untuk korang semua...

For ladies yang suka mekap... selalunya la kan, berapa lama korang amik masa untuk bersolek bagi menghadiri sesuatu majlis, atau pun sesaje solek untuk g jenjalan?
1/2 jam? 1 jam? atau lebih??? Ermm... lama tue...
Dibuatnya kot korang kesuntukan masa, mesti korang kelam kabut kan untuk bersiap secepat mungkin....

So... kat sini Satin nak ajar dan bagi tips kat u all semua camane nak mekap jadi cantik hanya dalam 10 minit! Tak percaya??? Jom tengok...



3 MINIT PERTAMA :
Cover seluruh wajah yang tak sekata warna especially kat area mata yang selalu ada gelung hitam atau eye bag dengan bedak asas atau foundation.
Pastikan ton kaler bedak asas korang lebih cerah daripada warna asal kulit korang ya.
Pastu sapu lak ngan korang nye compact powder. Tak kisah la kalau compact powder tu just press powder pun sebab korang da letak foundation tadi kan...

MINIT KE-4 HINGGA 5 :
Sapukan pembayang mata atau senang cakap eyeshadow kaler krim. Sebab tekstur kaler krim ni lebih mudah nak diratakan pada kelopak mata walaupun cuma pakai jari.
Satin suggestkan korang pilih la warna dari kelompok kaler-kaler natural cam coklat, coklat tembaga dan keemasan atau pun light pink.
Kalau rerasa nak glamour sket korang pakai la eyeshadow yang mengandungi glitter...

MINIT KE-6 HINGGA 7 :
Kalau sesape yang bulu mata tak lentik semulajadi, tak yah sesuah nak pakai bulu mata... Korang lentikkan la bulu mata korang pakai penyepit bulu mata. Pastu apply kan maskara kaler hitam supaya mata nampak galak dan cantik. Sebaik-baiknya sapu maskara sebanyak 2 lapisan. Kompom mata korang akan nampak segar.

MINIT KE-8 :
Sapukan pemerah pipi dengan menggunakan tona warna pink yang lembut atau tidak terlalu terang. Contohnya cam kaler sheer coral atau sheer plum. Sapukan kat atas tulang pipi. Trik pemakaian pemerah pipi untuk lebih perfect ialah dengan cara korang senyum masa sapuannya. Sebab kalau korang senyum tulang pipi akan lebih senang nak nampak...

MINIT KE-9 :
Pakai gincu dengan rona lembut macam kaler merah jambu yang berkilau. Tak pun korang letak pengilat bibir yang ada tona kaler. Sebab kilauan yang dikenakan pada bibir korang akan membuatkan korang nampak lebih menawan.

MINIT KE-10 atau MINIT TERAKHIR :
Minit terakhir ni hanyalan minit untuk korang gunakan untuk memperbetulkan mana-mana solekan yang korang rasa kurang memuaskan.
Kat minit terakhir ni jugak korang boleh manfaatkan untuk tambah solekan. Contohnya kalau nak letak penggaris mata atau eye liner. Tak pun tambah pembayang mata yang lebih terang... kalau korang nak laaa...

Haaa... da pun siap... kan mudah.... Ringkas dan pantas!!
Tapi kalau la korang tak nak kelam-kabut atau nak elakkan dari menggunakan 10 minit emergency ni... Satin sarankan supaya sebaiknya korang rancang la dari awal apa yang korang nak pakai dan padankan dengan solekan. Sebaiknya korang da standbykan semua makeup yang korang nak guna pada malam sebelumnya. Susun la mekap korang cantik-cantik kat atas meja solek. Ianya akan membantu korang untuk lebih menjimatkan masa.

Satu lagi, jangan lupa bawak asas mekap korang masa keluar. Yang paling penting korang wajib bawak ialah compact powder, pengilat bibir, tisu, putik kapas dan kertas penyerap minyak atau span. Haa... masukkan jerk semua tu kat dalam handbag korang.

OK??? Ada faham??? Kalau tak percaya, cubala korang praktikkan! Pasti puas hati...


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@



Monday, April 04, 2011

Info & Tips Cantik - MATA -

Salam untuk semua......

Hari ni Satin nak kongsi beberapa info dan petua serta tips untuk kata kunci 'CANTIK'
Berketerampilan cantik adalah impian setiap insan yang bergelar perempuan.
Dan Satin akan mulakan topik Cantik ini dengan salah satu bahagian paling utama kat muka kita iaitu.... 'MATA'.



KENAPA MATA???
Tanpa kita sedar, MATA sebenarnya adalah bahagian paling penting di wajah kita dan merupakan bahagian wajah yang paling selalu diperhatikan.... Tak kiralah orang tu lelaki ke pompuan..
Mata sangat pandai untuk berbicara. Ini kerana dari matalah yang akan mencerminkan segala keperibadian, kesihatan dan perasaan seseorang. Mata juga boleh menyingkap segala keperitan, keraguan dan kepedihan pemiliknya. Inilah faktor utama yang telah menyebabkan organ tubuh ini disebut sebagai 'jendela hati'. Ibaratnya cam lagu nie lah.... mesti korang pernah dengar punye...

......Dari kerana mata....
yang mempunyai kuasa....
oooohhhh........
aku tergoda...
aku tergoda terkeciwa.....

...aahahaahaaahaaa (^_^).....

Mata juga merupakan bahagian yang merupakan daya tarikan utama bagi penampilan seseorang pompuan, tulah sebabnya dalam merias wajah, nak mekap bahagian mata selalunya akan amik masa yang paling lama. 

Tapi, jangan tak tau mata juga memiliki macam-macam masalah yang boleh membuatkan wajah jadi tidak segar. Sebab tulah, amat penting untuk menjaga MATA agar sentiasa sihat, segar dan cantik..

Oh ya... Sebelum g lebih jauh, Satin nak bagitau dulu... buat masa ni Satin hanya mulakan topik untuk tips semulajadi ya bukan tutorial mekap untuk cantikkan mata... Okey!!


********************************************************
**************************************

K jom kita kenal masalah-masalah mata dan cara-cara untuk mengatasinya...


1. LINGKARAN HITAM (DARK CIRCLE)


Lingkaran hitam di bawah mata merupakan salah satu masalah utama dan yang paling banyak dihadapi oleh orang pompuan sekarang nie... (kekadang lelaki pun ada gak...)


Punca :
  1. Faktor keturunan - sebab yang x boleh dihindari adalah kerana usia, makin bertambah umur seseorang, lingkaran di sekitar matanya semakin menggelap.
  2. Kurang tidur - ini pun jadi sebab gak timbulnya lingkaran hitam ini, atau senang kata... stres.
  3. Pengecutan saluran darah - pengecutan saluran darah kat bahagian mata dan hidung juga boleh mnyumbangkan terjadinya lingkaran hitam.
  4. Kulit di sekitar mata terkena polusi, asap dan debu - Ini menyebabkan pembuluh darahnya akan membesar, di mana tubuh akan mengeluarkan zat kimia dan disalurkan oleh darah melalui pembuluh darah tersebut... 

Tips Pencegahan : 

1. Minum Air - Salah satu langkah yang paling penting dalam mencegah lingkaran hitam adalah dengan meminum 8-10 gelas air sehari. Minum air yang cukup tidak hanya bermanfaat dalam mencegah lingkaran hitam, tetapi juga baik untuk menjaga kulit agar tidak dehidrasi sepanjang hari. Air putih, air masak, air kosong atau air mineral tau!!! Bukan air sirap limau lak korang minum...
2. Timun - Timun merupakan bahan semulajadi yang paling banyak digunakan untuk mengatasi lingkaran hitam nie. Hiriskan timun sejuk dan tekapkan kat kelopak mata 2-3 kali seminggu. Biarkan selama 10-15 minit. Pastikan tak terlalu tebal atau nipis. Mata juga akan terasa lebih segar. Kena le pejam mata... takkan nak bukak mata lak kan...




3. Kentang - Sama seperti timun, kentang juga dapat membantu untuk mengatasi kehitaman pada bahagian bawah mata. Caranya mudah jew, hiris nipis kentang tue dan letakan pada kedua-dua belah mata. Biarkan selama 10-15 minit.

4. Uncang teh - 
  • a) Uncang teh yang telah digunakan pas buat air teh tu jangan dibuang sebab uncang teh pun merupakan cara yang baik untuk mengurangkan lingkaran hitam. Lekapkan uncang teh hangat dan biarkan selama 15 minit. Boleh juga dilekapkan pada mata semalaman. Lakukan 2-3 kali seminggu sebelum masuk tidur dan konpom anda akan berasa lebih segar.
  • b) Rendam 2 uncang teh dalam secawan air sejuk selama beberapa minit. Kemudian, keluarkan air yang berlebihan dalam uncang teh. Air tu jangan lak korang minum... Tekap uncang teh tadi kat mata sekurang-kurangnya 10 minit yer.
 Sebaik-baiknya gunakan teh chamomile kerana ia bagus untuk kulit. Ataupun boleh gunakan ekstrak pudina segar sebagai alternatif.

5. Minyak Almond - Untuk pengetahuan korang, minyak almond juga baik untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang-liang pori daripada tersumbat.
Caranya: Sapukan minyak almond pada bahagian lingkaran hitam kat bawah mata setiap pagi dan malam. Urutkan dengan lembut. 




6. Air mawar - Cara lain untuk mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata... dengan meredam kapas di dalam air mawar sejuk lalu letakan di mata. Lakukan dengan posisi duduk dan santai selama 10 minit.






7. Limau Nipis - Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.Kalau rasa pedih tu adatlah... namanya pun air limau...

8. Tidur - Tidak hairan lah jika tidur adalah saranan utama yang diwajibkan untuk pemilik lingkaran mata hitam dan mata lelah. Ini kerana seseorang yang kurang tidur, lama kelamaan akan memiliki lingkaran mata hitam yang kekal. Jadi, pastikan waktu tidur sebaiknya 7 jam setiap hari.



2. KANTUNG MATA / EYE BAG


Kantung mata sebenarnya adalah cairan tubuh atau lemak yang tidak dapat dibuang dengan sempurna. Hal ini cukup mengganggu sebab mata akan manpak cam bengkak.



Punca :
1. Telah mengambil terlalu banyak jumlah air atau cecair, atau makan makanan yang masin sebelum tidur. Pembengkakan di sekitar mata biasanya akan berkurangan selepas beberapa jam, apabila cecair telah diserap kembali oleh tubuh.
 2.  Penuaan - Penuaan juga adalah faktor lain adanya kantung mata. Semakin kita berusia kulit juga semakin tidak anjal lagi. Kulit yang terletak di sekitar mata menjadi lebih nipis dan tipis. Kulit juga kehilangan elastisitas. Itulah sebabnya lemak yang menjadi dasar di sekitar mata akan melondeh keluar dan menyebabkan terjadinya kantung mata.
3. Kurang minum air

4. Kurang tidur - Kurang tidur bukan hanya boleh menyebabkan terjadinya lingkaran hitam tetapi juga salah satu sebab lahirnya kantung mata. 
5. Kedatangan haid - Ada juga wanita yang menderita kerana kantung mata membengkak selama tempoh kedatangan haid mereka. Hal ini berlaku kerana perubahan hormon bulanan dalam tubuh mereka.

Tips Pencegahan :

1. Urutan Lembut Dari Jari - Untuk mengurangi kantung mata lakukan urutan lembut pada bahagian kantung mata dengan menggunakan jari tangan dimulakan dari arah hujung dalam ke arah hujung pinggir mata dengan gerakan membulat.



2. Krim Mata - Sapukan krim mata pada setiap malam sebelum tidur. Sapuan hendaklah dibuat dengan cara menyapu ke arah luar mata, sama jew cam urut mata tue....cuma bezanya letak krim. Tapi kena ingat, sebaiknya simpanlah krim mata tu kat dalam bekas yang dingin dan segar. Kat dalam peti sejuk pun boleh gak.

3. Timun, Kentang dan Tomato - Sama cam lingkaran hitam di bawah mata hiriskan timun, tomato atau kentang dan tekapkan diatas mata yang dipejamkan. Sebaiknya simpan dalu timun, tomato atau kentang tadi di tempat yang sejuk dan dingin. Ini kerana sayuran ini mengandungi zat anti peradangan yang boleh membantu menghilangkan kantung mata dan kelopak mata yang bengkak. Lakukan selama 10 hingga 15 minit.


4. Uncang Teh - Gunakan uncang teh yang telah dicelupkan ke dalam air sejuk dan lekapkan pada mata tertutup selama lebih kurang 15 hingga 20 minit. Untuk hasil yang lebih baik cuba gunakan teh hijau. Sebab kandungan EGCG dalam teh hijau boleh membantu mengurangkan cairan yang menyebabkan kantung mata dan mata kelihatan sembab. Ia juga membantu dalam mengetatkan pori-pori di kantung mata.

5. Minyak Vitamin E - Oleskan minyak vitamin E di bawah mata dan biarkan semalaman.

6. Ais atau Air Sejuk - Sapukan atau oleskan ais pada wajah dan mata korang. Ini kerana ais atau air sejuk membantu dalam peredaran cecair. Tekan dengan lembut di sekitar di bawah mata dan urut perlahan-lahan. Cecair yang berada di sekitar mata akan di serap oleh tubuh.





7. Menjaga Sistem Pemakanan - Jauhi makanan yang banyak mengandungi lemak dan banyakkan makan makanan yang berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Sesape yang tak suka makan sayur tue pandai-pandailah korang ea...
Jauhi makanan yang mengandungi banyak lemak


Makanan berserat

8. Minum Cukup Air - Sama seperti lingkaran hitam di bawah mata, salah satu langkah yang paling penting ialah dengan meminum 8-10 gelas air sehari. Minum air yang cukup sangat baik untuk menjaga kesegaran kulit.

9. Istirehat dan Tidur Yang Cukup - Kurangnya istirehat dan tidur yang cukup merupakan salah satu penyebab paling utama untuk berlakunya kantung mata. Aturlah jadual tidur korang... Seiring dengan penghidratan yang baik, ianya juga dapat memberi kesempatan kepada bahagian-bahagian tubuh yang lain untuk beristirehat, terutamanya otak. Cari posisi tidur yang betul dengan kepala di atas bantal yang cukup tebal. Dengan ini cairan akan mengalir ke seluruh bahagian tubuh dan tidak berkumpul di bawah mata. Beristirehatlah apabila mata sudah mulai merasa letih dan jangan paksa mata korang untuk terus bekerja. Ini kerana sangat tidak baik untuk mata dan juga kulit disekitar mata.



3. KERUTAN / KEDUTAN HALUS



Ianya berupa garisan-garisan yang jelas kelihatan di sekitar tepi mata terutama bila ketawa.



Punca :
1 - Pertambahan usia - Faktor utamanya adalah pertambahan usia yang akan mengakibatkan kurangnya kandungan kolagen . Walaupun secara biologinya umur seseorang belum tua, tetapi sistem penuaan boleh terjadi pada sesiapa saja. Penyebabnya adalah sinar matahari yang berlebihan dan dihidrasi. 
2 - Kulit kering - Kulit yang terlalu kering dan kehilangan daya elastisiti.
3 - Sinaran Matahari - Kerap terdedah pada pancaran matahari. Ini menyebabkan rosaknya jaringan kolagen dan elastin serta otot muka. Oleh itu pakai la sun glass ke, payung ke atau topi.
4 - Ekspresi wajah - Kerap menggunakan ekspresi mata, dan juga tertawa yang terlalu banyak.
Tips pencegahan :

1. Urutan -  Buat urutan di sekitar bahagian mata dengan betul. Lakukan setiap pagi dan petang atau sekurang-kurangnya sekali sehari untuk hasil yang lebih baik. Urutan yang betul dapat mengurangkan kedut/kerut tersebut.


 
2. Daun Lidah Buaya / Aloevera - Hiris sedikit daun lidah buaya atau aloevera, secara melebar dan sejukkan selama 15 minit. Tekapkan pada kedua-dua mata. Lakukan tiga kali seminggu, insyaAllah bahagian bawah mata korang akan jadi licin dan tak berkedut lagi.


3. Krim & Masker mata - Paling senang gunakanlah krim dan masker yang khusus untuk mata... kena lah banyak duit..


Contoh masker untuk mata



MASALAH-MASALAH LAIN YANG SERING BERLAKU DI SEKITAR DAERAH MATA


1. JERAWAT


Uuiiihhh!!!! Bencinya JERAWAT!! Adanya jerawat di sekitar mata biasanya sebab tak bersihkan make-up dengan pembersih mata yang tepat. Sisa-sisa make-up yang tidak terhapus sempurna akan masuk ke dalam pori-pori yang akan dapat menyebabkan jerawat. Kekadang jerawat ni la yang jadikan mata kita ketumbit.
  • Gunakanlah eye make-up remover untuk mencegah munculnya jerawat dan gunakanlah masker khusus untuk mata.



2.  MATA LETIH DAN KUYU




 Ini terjadi apabila anda terlalu penat bekerja.
  • Ambil sebongkah ais dan usapkan pada sekeliling mata. Cara ini akan mengembalikan kelancaran peredaran darah dan menyegarkan mata anda.




3. MATA MERAH




Selalu tak korang nye mata merah dan pedih? Selalunya kalau mata merah, cuba jangan suka menggosoknya. Ini kerana hanya akan membuatkan mata korang jadi lagi merah. Pastu, kena lak tangan takak bersih, ianya akan menyebabkan kuman masuk ke dalam mata dan membolehkan terjadinya iritasi lain pada mata.


********************************************************
**************************************

Okeis... da bis da cerita tentang masalah-masalah mata...  Kita g lagi satu part yang berkenaan dengan mata.
Rata-rata masyarakat sekarang menggunakan komputer. Tak Kiralah siapa pun bermula dari seorang pelajar, individu yg bekerja dlm bidang berkaitan komputer & internet seperti seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dan sebagainya. Malah suri rumah sekarang pun dok ngadap komputer. Ada juga yang saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer untuk main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dan lain-lain.
Faktor-faktor nilah yang boleh menyebabkan mata kita jadi tak sihat. So, apa kata kita jenguk lak cara-cara untuk menjaga dan memelihara mata untuk sentiasa kelihatan segar dan cantik akibat dari perkara-perkara tersebut...



1. GERAKAN YOGA


Korang pernah tak atau pandai tak wat gerakan Yoga? Yoga adalah yang terbaik untuk mata yang lelah akibat terlalu banyak menggunakan komputer.
Bagi individu yang menggunakan komputer selama berjam-jam, sudah tentu mata akan terasa lelah, dan kalau dibiarkan terus ianya boleh mengganggu kesihatan mata. 
Berikut adalah beberapa tips gerakan yoga khusus untuk mata yang lelah:

1. Ambil posisi tegak sambil bersandar pada kerusi. Kerdipkan mata dengan cepat sebanyak 50 kali.
2. Lakukanlah setiap 1 jam. Tingkatkan kerdipan menjadi 100 kali.
3. Akhiri latihan dengan menutup mata, sambil tarik nafas dalam-dalam sampai terasa ke setiap otot. Jangan terkentut udah ler...
Untuk pengetahuan korang... korang cuma memerlukan waktu lebih kurang lebih 5 minit jew untuk melakukannya, dan mata korang akan tetap sihat dan cantik.




2. MELIHAT OBJEK HIJAU


Setelah 1-2 jam berada di hadapan komputer, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah atau tempat kerja korang, seperti pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu amat menenangkan dan merehatkan mata anda.


3. SENAMAN MATA




Cuba korang amalkan senaman untuk mata. Contohnya... 

1. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah. Jangan sampai naik angin dah la ye. 


2. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri dan berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling pun takpe), beransur-ansur lajukan proses ini.


4. AMALAN DAUN SIRIH

 
Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau titiskan pd mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Tapi nak ingatkan... ada rasa pedih la sikit yek..


5. SISTEM PEMAKANAN YANG SIHAT


Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C dan makan-makan yang berserat. Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang banyak. Sama jew cam kat atas tadi.


6. BUNGA MELATI



Haaa... korang pernah tengok bunga melati tak? Omputeh panggil Jasmine. Wangi dan warna dia kebanyakkannya kaler putih... Selain baunya yang harum dan cantik, bunga melati juga menjadi kebanggaan orang pompuan kat Indonesia. Bagi diaorang, bunga ini sangat bermanfaat untuk membuat mata lebih bercahaya. 

Caranya:
  • Rendam beberapa bunga melati dalam 1 gelas air bersih. Biarkan selama satu malam.
  • Keesokan paginya, air rendaman tersebut dipakai untuk mencuci mata.
  • Lakukan setiap pagi dan mata akan kelihatan terang.


7. BERWUDUK DAN AMALAN SURAH


Sebenarnya bagi yang beragama Islam, untuk menjaga mata agar sentiasa sihat dan dapat melihat dengan baik sehingga ke hari tua, ada petua yang paling senang dan mujarab.
Caranya hanya pastikan mata jangan dipejamkan semasa air melalui mata setiap kali korang mandi atau berwuduk. Sebaliknya kelip-kelipkan mata beberapa kali dan biarlah air mandian itu mencuci mata korang. 
Kita juga boleh amalkan membaca Surah 4 Kul ketika membasuh muka selepas bangun daripada tidur sambil berniat kepada-Nya agar diterangkan mata. Surah-surah 4 Kul tersebut adalah Surah Al-Nas, Surah Al-Falaq, Surah Al-Ikhlaas dan Surah Al-Kafiroon. Insyaallah, mata korang akan sentiasa terang walaupun ketika malam.


********************************************************
**************************************


Cukup la kot tips, info dan petua untuk mata buat kali nie... Ni pun rasanya da terlebih banyak da nie... Kalau ada apa-apa yang tertinggal, t rajin (kalau rajin lah ye..) Satin up-date lagi... Apa pun nak bagitau yang ni suma adalah tips untuk mata cantik ye...
Sesape yang mata duitan, mata keranjang, mata lalat atau mata-mata, langsung takde kene-mengene ngan artikel ni ok!  Jadi tak yah ler nak menyibuk....

End dulu kat sini... InsyaAllah t Satin akan sambung dengan tips-tips yang lain lak yea...
See u soon..

ADIOS!!