~ STUDIOs CREW ~

Monday, May 09, 2011

Mengenal Warna Kulit

HOLLA EVERYBODY!!!!!.................

Kalau sebelum ni artikel tentang info mata dan rambut boleh dikira agak general untuk semua tak kira pompuan atau pun lelaki, kali ini Satin buat artikel khas untuk kaum Hawa. Untuk kaum Adam lak, kalau korang nak baca boleh jerk.. takde halangan pun... sekurang-kurangnya boleh dijadikan sebagai satu pengetahuan am....

Berkisar tentang penggunaan mekap, majoriti orang perempuan ni mesti nak pakai mekap walaupun sikit untuk kelihatan cantik di sesuatu majlis atau suasana. Tapi AWAS!!! Kadang-kadang warna yang korang pilih tu langsung tak kena dengan warna kulit korang. Kadang-kadang akibat dari salah pilih kaler, boleh menyebabkan wajah korang nampak lebih berusia dari yang sebenarnya.
Jadi, untuk mengelakkan dari benda macam tu berlaku terlebih dulu kita kena la tau dan kenal warna kulit kita....


MENGENAL WARNA KULIT



Menurut seorang pakar warna, Donna Fujii, jenis warna kulit manusia ni mengikut etnik atau bangsa dan terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :
  • Etnik Asia, memiliki lebih banyak pigmen kuning dan coklat berbanding merah.
  • Etnik Kaukasia (kulit putih) mempunyai lebih banyak pigmen kuning dan merah berbanding pigmen coklat
  • Etnik Afrika (kulit hitam) memiliki paling banyak pigmen coklat.
  • Etnik Amerika Latin, mempunyai banyak pigmen coklat dan merah.
Jadi, bagi kita yang berwarganegara Malaysia ni, kita tergolong dalam etnik Asia yang bersifat memiliki warna kulit yang banyak pigmen kuning dan coklat. Dalam kategori Etnik Asia ni pulak, masih ada turutan warna kulit masing-masing iaitu :

1. PUTIH GADING (Ivory) :
Dalam etnik Asia kulit PUTIH GADING adalah warna kulit paling terang. Warna kulit ini kelihatan putih, terang dan ringan.
 
2. KUNING LANGSAT / COKLAT TERANG (Natural) :
Warna KUNING LANGSAT lak berada pada barisan tengah kulit etnik Asia.
Warnanya gelap sket dari putih gading dan kelihatan hangat, cerah dan penuh kekuatan.

3. SAWO MATANG / COKLAT GELAP (Beige) :
SAWO MATANG merupakan warna kulit yang paling banyak dimiliki oleh etnik orang Asia dan ianya mempunyai banyak pigmen warna coklat. Kesan warnanya kelihatan hangat dan sangat kuat.

4. GELAP / HITAM MANIS (TANS) :
Barisan warna kulit paling akhir untuk masyarakat etnik Asia dan paling sikit bilangannya. Tapi bagi mereka yang berkulit HITAM MANIS sepatutnya tidak perlu risau tentang penampilannya kerana mereka yang berkulit hitam manis ni biasanya mempunyai wajah yang 'exotic'....uuuuu.....


Da kenal warna kulit, jom cuba tips kat bawah ni untuk main mekap-mekap...



PEMILIHAN WARNA MEKAP MENGIKUT KESESUAI WARNA KULIT


PUTIH GADING (IVORY)



Eyeshadow :
Sebaiknya pemilik kulit putih gading memilih warna-warna dari nuansa muda atau pastel (warna yang mengandungi unsur putih) untuk merias bahagian mata. Sebabnya warna-warna ini akan menjadikan wajah kelihatan natural dan segar (fresh look). Kalau rasa-rasa nakkan kelainan, warna-warna cam hijau, biru, coklat atau apa saje pun boleh digunakan selagi warna-warna tersebut berada di dalam kelompok nada lembut atau pastel.
Blusher :
Suaikan blusher bertona pink (pink pucat, pink kecoklatan, pink pekat) atau peach pupus.


KUNING LANGSAT / COKLAT TERANG (NATURAL) 



Eyeshadow : 
Pilihan warna hangat seperti coklat, oren atau kuning tembaga dan keemasan paling sesuai untuk yang berkulit kuning langsat. Pilihan warna terang cam hijau, merah bata, dan warna-warna sejuk cam ungu gelap dan biru pun dapat menaikkan seri wajah bagi pemilik kulit ini. Tetapi kalau boleh laa... hindari warna pastel atau warna yang banyak mengandung unsur putih.
Blusher :
Suaikan rona pipi berwarna pink muda seperti baby pink, peach, oren kecoklatan atau coklat mocha.


SAWO MATANG / COKLAT GELAP (BEIGE)



Eyeshadow :
Elakkan dari menggunakan warna-warna yang redup atau warna pastel. Sebaliknya riaskan mata dengan menggunakan warna-warna yang cemerlang dan pekat seperti oren, coklat, warna emas atau dari kelompok nuansa merah dan hijau yang terang.
Warna-warna ini akan membuatkan riasan wajah kelihatan moden dan tidak terlalu polos.
Blusher :
Sebaiknya gunakan dari merah plum, oren pekat, bronze atau warna coklat muda untuk menampakkan wajah yang segar.


KULIT GELAP / HITAM MANIS (TANS)



Eyeshadow :
Jangan pandai-pandai nak gunakan warna eyeshadow yang terlalu terang. Cuba aplikasikan warna-warna yang berona agak gelap cam deep copper, bronze, biru tua, purple tua atau wine. Paduan warna ini akan memberikan kesan wajah yang lebih segar (fresh).
Warna-warna dari kelompok shimmer pun boleh digunakan umtuk yang berkulit hitam manis seperti silver, gold atau terra-cotta.
Blusher :
Pemakaian blusher sebaiknya menggunakan warna dari kelompok oren (peach, aprikot, coral, & deep oren), deep rose atau plum dan wine. tapi kalau nak kesan lagi baik, gunakan blusher jenis powder.


PEMILIHAN WARNA LIPSTIK MENGIKUT KESESUAI WARNA KULIT


Sekarang jom tengok kaler lipstik apa lak yang sesuai ngan kaler kulit kita ek.. Sebab kalau tersalah pilih kaler kang baik-baik nak jadi lawa bertukar lak jadi hodoh... huhuuu....






WARNA KULIT WAJAH

WARNA LIPSTIK


PUTIH GADING

KUNING LANGSAT


SAWO MATANG

HITAM
MANIS

MERAH JAMBU

Pink pucat
Pink kecoklatan
Shocking pink
Baby pink


Pink berry
Deep pink

Mocha pink

Sheer pink
Pink lembut

MERAH

Merah cabai
Merah keunguan


Merah murni
Merah bata
Merah maroon
Merah burgundy



Merah mahogany
Maroon

COKLAT

Coklat beige

Coklat mocha



Coklat mocha
Coklat toffee
Coklat plum

Hot coklat
Coklat karamel

Coklat tua
Coklat pekat
Coklat susu
Chestnut

OREN


True Orange




UNGU


Ungu kemerahan



Ungu plum

Orait!! sini dulu k... next time sambung lagi dengan tips & info lain ya...

K baiii....

Thursday, May 05, 2011

KENALI KULIT WAJAH ANDA

HOLLA @ HELLO to all my lovely sweetest readers....


Yang lepas-lepas Satin da kongsi info & tip cantik untuk MATA dan RAMBUT, dua bahagian paling penting kat wajah dan kepala kita semua.... Dan untuk hari ini Satin akan tolong korang untuk mengenali jenis kulit wajah korang lak...

Korang kenal ke jenis kulit wajah korang??
Ramai orang terutama bagi golongan remaja selalu mengadu sukar untuk menentukan jenis kulit mereka. 
Ini kerana setiap kali mereka ke kaunter membeli-belah, ada sahaja jurujual yang memperkenalkan produk baru yang kononnya mampu memberi kesan mujarab terhadap jenis kulit yang mereka miliki tanpa meneliti jenis kulit wajah mereka terlebih dahulu.
Sebenarnya, kebanyakan daripada petugas produk kecantikan hanya menitikberatkan jualan barangan daripada meluangkan masa untuk menganalisis dan meneliti tekstur kulit.

Sebenarnya setiap individu memiliki jenis kulit yang berbeza.
Kadar minyak, ukuran pori-pori dan kadar kekeringan adalah faktor penentu jenis kulit setiap individu.
Kulit wajah boleh dikelaskan kepada empat jenis yang utama iaitu : KULIT NORMAL, KULIT KERING, KULIT BERMINYAK dan KULIT KOMBINASI.
Manakala terdapat dua jenis kulit wajah yang terbentuk dari empat kulit wajah utama tadi iaitu : KULIT SENSITIF dan KULIT MATANG.


Cuba ikuti langkah berikut untuk mengenali jenis kulit korang :
1. Cuci wajah dan biarkan selama 30 minit.
2. Tekapkan sehelai tisu pada wajah meliputi bahagian kening dan hidung (zon-T), pipi dan dagu.
3. Perhatikan... bahagian yang berminyak akan meninggalkan kesan pada tisu tersebut.


KULIT NORMAL

KULIT NORMAL memiliki kandungan air dan minyak yang seimbang sehingga tahap kelembapannya begitu baik. Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Ukuran pori-pori juga bersaiz sederhana. Apabila mencubit bahagian kulit wajah, kulit tersebut pasti akan kembali ke tempat asal. Bagi mereka yang memiliki kulit wajah seperti ini wajah akan tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis. Garis dan tanda-tanda penuaan akan muncul seiring dengan peningkatan usia.

Pada sebelah tengah hari atau petang, zon-T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat.
Rona kulit normal biasanya cerah ke kuning langsat. Tetapi apabila sering terdedah kepada cahaya matahari yang terik, warna kulit wajah akan mudah bertukar menjadi gelap ataupun dalam bahasa inggeris dipanggil tans. 

CARA PENJAGAAN :
Bagi pemilik jenis kulit normal, penjagaan terhadap kulit ini sangat mudah. Tidak memerlukan terlalu banyak penggunaan kosmetik dan dapat menghasilkan mekap yang tahan lama.
Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar (toner) untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap (moisturizer) yang mengandungi SPF sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas. Pengambilan makanan yang seimbang dan tidur yang cukup dapat membantu kulit jenis ini bertambah sihat.


KULIT KERING

KULIT KERING selalunya mempunyai struktur kulit yang kasar. Kulit kelihatan kusam dan kurang penghasilan sebum menyebabkan muka tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan. Berbanding jenis kulit lain, tanda-tanda penuaan akan cepat kelihatan lebih-lebih lagi garisan halus di tepi mata, garisan senyuman dan dahi. Kulit kering juga akan cepat merekah tanpa kelembapan secukupnya dan sangat mudah terbakar (sun burn) dan mengelupas apabila terdedah kepada sinar UV yang terik.

CARA PENJAGAAN :
Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih atau pun pencuci muka yang berasaskan losyen dan susu untuk memberikan kelembapan berpanjangan. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi. Tetapi lagkah berjaga-jaga perlu diambil supaya krim pelembap tidak menimbulkan masalah pori tersumbat sehingga menimbulkan jerawat. Gunakan krim malam untuk perapian dan rawatan yang lebih efektif.

Sebelum mengenakan sebarang bahan solekan, pastikan kulit wajah disapu dengan sedikit moisturizer dan pastikan bedak asas tidak dirumus daripada bahan gel atau pun sabun. Ini kerana ianya akan membuatkan kulit bertambah kering.


KULIT BERMINYAK

KULIT BERMINYAK adalah satu-satunya jenis kulit wajah yang sangat tidak digemari oleh kebanyakan orang. Kulit berminyak mempunyai tekstur kulit yang biasanya kasar. Ukuran pori-pori agak besar. Wajah pemilik jenis kulit ini mudah kotor dan cenderung mengalami masalah seperti blackheads, whiteheads dan jerawat di mana bahagian hidung merupakan kawasan yang sangat aktif. Ini disebabkan kelenjar minyak yang aktif bekerja sehingga minyak diproduksi berlebihan. Bahagian zon-T Sel kulit mati pada wajah akan nampak lebih gelap jika terdedah pada udara luar. Kulit jenis ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan dan sangat menjejaskan penampilan. Rona kulit wajah yang memiliki kulit berminyak biasanya sawo matang ke rona gelap.

CARA PENJAGAAN :
Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Gunakan pencuci muka yang bebas minyak (oil free / oil control) dua kali seminggu. Jangan menyental muka terlalu kasar kerana akan menghilangkan lembapan semulajadi kulit. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losyen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air rendah. Gunakan toner yang sesuai dan pilih moisturizer yang berumusan 'noncomedogenic' untuk mengelakkan dari pori tersumbat. Boleh juga menggunakan moisturizer yang tertera 'nonacnegenic' kerana moisturizer ini tidak menimbulkan masalah jerawat.

Mengenakan scrub pada wajah jenis kulit berminyak juga dapat membantu mencegah tumbuhnya jerawat. Pastikan scrub yang digunakan berasaskan pati tumbuh-tumbuhan seperti aprikot, zaitun atau badam di mana ianya berfungsi untuk mengurangkan risiko masalah kulit.

Pemakaian kosmetik atau alat solek juga seharusnya dilakukan ketika wajah benar-benar kering. Ini kerana kulit yang masih basah atau lembap akan menyebabkan kosmetik atau alat solek tidak dapat menempel dengan sempurna dan akan 'memancing' pertumbuhan jerawat selain turut merosakkan pori-pori.

Elakkan daripada mengambil makanan yang berminyak, berempah, pedas, kafien dan juga makanan laut yang berlebihan, kerana pengambilan makanan ini akan meningkatkan penghasilan minyak yang berlebihan.


KULIT KOMBINASI 

KULIT KOMBINASI merupakan gabungan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu antara kulit kering, normal dan berminyak. Umumnya, zon-T dan dagu akan lebih berminyak sementara daerah pipi dan leher lebih kering.
Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon-T dan sangat senang mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat.

CARA PENJAGAAN :
Cuci muka menggunakan pencuci muka bersesuaian di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.
Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.


KULIT SENSITIF 

KULIT SENSITIF sangat mudah bertindak balas pada cahaya terik sang suria. Kepada yang memiliki tona kulit yang cerah, selalunya mudah mengalami kulit sensitif. Kulit sensitif bersifat agak tipis, kering dan mudah ditumbuhi jerawat.
Kulit akan mudah menjadi kemerah-merahan, bertompok-tompok, gatal-gatal dan cepat merengsa apabila tersilap pemilihan alat solek atau kosmetik lebih-lebih lagi yang mengandungi alkohol. Perubahan suhu juga boleh menjadi faktor untuk kulit yang sensitif.

CARA PENJAGAAN :
Elakkan dari memilih pencuci muka atau alat solek yang mengandungi pewangi (fragrance), asid buah, pati tumbuh-tumbuhan yang merangsang kelembapan muka dan enzim yang mengakibatkan pengelupasan kulit. Jauhi semua pencuci muka berbentuk gel.

Bahan jagaan kulit wajah yang mengandungi chamomile dan jojoba mampu memberi kelegaan pada kulit wajah.


KULIT MATANG 

KULIT MATANG ialah kulit wajah di dalam peringkat usia yang matang. Jenis kulit ini mudah terbakar (sun burn). Ada ketikanya kulit matang akan mengalami alergi dan memberi reaksi pada beberapa bahan perawatan wajah atau alat solek yang selama ini tidak memberi sebarang masalah.
Kulit juga mudah menjadi kemerah-merahan dan merengsa. Garisan ketuaan akan terbentuk pada sekeliling mata, mulut dan dahi. Wajah juga akan kelihatan kusam dan amat kering.

CARA PENJAGAAN :
Kulit matang amat mudah tercedera dan agak sensitif. Kelembapan semula jadi akan mudah hilang dan mudah kering. Oleh itu, rawat kulit wajah secara lembut dan konsisten dengan pemilihan barangan jagaan kulit yang bersesuaian. Sesekali kulit harus dipupur dan disental agar sel-sel kulit mati dapat ditanggalkan. Ini akan memudahkan pelembap wajah menyerap ke dalam kulit wajah.

Apa-apa pun sebenarnya... rawatan terbaik untuk menjaga kesegaran dan kesihatan serta keanjalan kulit adalah dengan tidur yang cukup dan minum air putih secukupnya....... Itulah kunci utama kesihatan!!

END.......