~ STUDIOs CREW ~

Thursday, May 05, 2011

KENALI KULIT WAJAH ANDA

HOLLA @ HELLO to all my lovely sweetest readers....


Yang lepas-lepas Satin da kongsi info & tip cantik untuk MATA dan RAMBUT, dua bahagian paling penting kat wajah dan kepala kita semua.... Dan untuk hari ini Satin akan tolong korang untuk mengenali jenis kulit wajah korang lak...

Korang kenal ke jenis kulit wajah korang??
Ramai orang terutama bagi golongan remaja selalu mengadu sukar untuk menentukan jenis kulit mereka. 
Ini kerana setiap kali mereka ke kaunter membeli-belah, ada sahaja jurujual yang memperkenalkan produk baru yang kononnya mampu memberi kesan mujarab terhadap jenis kulit yang mereka miliki tanpa meneliti jenis kulit wajah mereka terlebih dahulu.
Sebenarnya, kebanyakan daripada petugas produk kecantikan hanya menitikberatkan jualan barangan daripada meluangkan masa untuk menganalisis dan meneliti tekstur kulit.

Sebenarnya setiap individu memiliki jenis kulit yang berbeza.
Kadar minyak, ukuran pori-pori dan kadar kekeringan adalah faktor penentu jenis kulit setiap individu.
Kulit wajah boleh dikelaskan kepada empat jenis yang utama iaitu : KULIT NORMAL, KULIT KERING, KULIT BERMINYAK dan KULIT KOMBINASI.
Manakala terdapat dua jenis kulit wajah yang terbentuk dari empat kulit wajah utama tadi iaitu : KULIT SENSITIF dan KULIT MATANG.


Cuba ikuti langkah berikut untuk mengenali jenis kulit korang :
1. Cuci wajah dan biarkan selama 30 minit.
2. Tekapkan sehelai tisu pada wajah meliputi bahagian kening dan hidung (zon-T), pipi dan dagu.
3. Perhatikan... bahagian yang berminyak akan meninggalkan kesan pada tisu tersebut.


KULIT NORMAL

KULIT NORMAL memiliki kandungan air dan minyak yang seimbang sehingga tahap kelembapannya begitu baik. Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Ukuran pori-pori juga bersaiz sederhana. Apabila mencubit bahagian kulit wajah, kulit tersebut pasti akan kembali ke tempat asal. Bagi mereka yang memiliki kulit wajah seperti ini wajah akan tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis. Garis dan tanda-tanda penuaan akan muncul seiring dengan peningkatan usia.

Pada sebelah tengah hari atau petang, zon-T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat.
Rona kulit normal biasanya cerah ke kuning langsat. Tetapi apabila sering terdedah kepada cahaya matahari yang terik, warna kulit wajah akan mudah bertukar menjadi gelap ataupun dalam bahasa inggeris dipanggil tans. 

CARA PENJAGAAN :
Bagi pemilik jenis kulit normal, penjagaan terhadap kulit ini sangat mudah. Tidak memerlukan terlalu banyak penggunaan kosmetik dan dapat menghasilkan mekap yang tahan lama.
Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar (toner) untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap (moisturizer) yang mengandungi SPF sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas. Pengambilan makanan yang seimbang dan tidur yang cukup dapat membantu kulit jenis ini bertambah sihat.


KULIT KERING

KULIT KERING selalunya mempunyai struktur kulit yang kasar. Kulit kelihatan kusam dan kurang penghasilan sebum menyebabkan muka tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan. Berbanding jenis kulit lain, tanda-tanda penuaan akan cepat kelihatan lebih-lebih lagi garisan halus di tepi mata, garisan senyuman dan dahi. Kulit kering juga akan cepat merekah tanpa kelembapan secukupnya dan sangat mudah terbakar (sun burn) dan mengelupas apabila terdedah kepada sinar UV yang terik.

CARA PENJAGAAN :
Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih atau pun pencuci muka yang berasaskan losyen dan susu untuk memberikan kelembapan berpanjangan. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi. Tetapi lagkah berjaga-jaga perlu diambil supaya krim pelembap tidak menimbulkan masalah pori tersumbat sehingga menimbulkan jerawat. Gunakan krim malam untuk perapian dan rawatan yang lebih efektif.

Sebelum mengenakan sebarang bahan solekan, pastikan kulit wajah disapu dengan sedikit moisturizer dan pastikan bedak asas tidak dirumus daripada bahan gel atau pun sabun. Ini kerana ianya akan membuatkan kulit bertambah kering.


KULIT BERMINYAK

KULIT BERMINYAK adalah satu-satunya jenis kulit wajah yang sangat tidak digemari oleh kebanyakan orang. Kulit berminyak mempunyai tekstur kulit yang biasanya kasar. Ukuran pori-pori agak besar. Wajah pemilik jenis kulit ini mudah kotor dan cenderung mengalami masalah seperti blackheads, whiteheads dan jerawat di mana bahagian hidung merupakan kawasan yang sangat aktif. Ini disebabkan kelenjar minyak yang aktif bekerja sehingga minyak diproduksi berlebihan. Bahagian zon-T Sel kulit mati pada wajah akan nampak lebih gelap jika terdedah pada udara luar. Kulit jenis ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan dan sangat menjejaskan penampilan. Rona kulit wajah yang memiliki kulit berminyak biasanya sawo matang ke rona gelap.

CARA PENJAGAAN :
Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Gunakan pencuci muka yang bebas minyak (oil free / oil control) dua kali seminggu. Jangan menyental muka terlalu kasar kerana akan menghilangkan lembapan semulajadi kulit. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losyen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air rendah. Gunakan toner yang sesuai dan pilih moisturizer yang berumusan 'noncomedogenic' untuk mengelakkan dari pori tersumbat. Boleh juga menggunakan moisturizer yang tertera 'nonacnegenic' kerana moisturizer ini tidak menimbulkan masalah jerawat.

Mengenakan scrub pada wajah jenis kulit berminyak juga dapat membantu mencegah tumbuhnya jerawat. Pastikan scrub yang digunakan berasaskan pati tumbuh-tumbuhan seperti aprikot, zaitun atau badam di mana ianya berfungsi untuk mengurangkan risiko masalah kulit.

Pemakaian kosmetik atau alat solek juga seharusnya dilakukan ketika wajah benar-benar kering. Ini kerana kulit yang masih basah atau lembap akan menyebabkan kosmetik atau alat solek tidak dapat menempel dengan sempurna dan akan 'memancing' pertumbuhan jerawat selain turut merosakkan pori-pori.

Elakkan daripada mengambil makanan yang berminyak, berempah, pedas, kafien dan juga makanan laut yang berlebihan, kerana pengambilan makanan ini akan meningkatkan penghasilan minyak yang berlebihan.


KULIT KOMBINASI 

KULIT KOMBINASI merupakan gabungan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu antara kulit kering, normal dan berminyak. Umumnya, zon-T dan dagu akan lebih berminyak sementara daerah pipi dan leher lebih kering.
Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon-T dan sangat senang mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat.

CARA PENJAGAAN :
Cuci muka menggunakan pencuci muka bersesuaian di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.
Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.


KULIT SENSITIF 

KULIT SENSITIF sangat mudah bertindak balas pada cahaya terik sang suria. Kepada yang memiliki tona kulit yang cerah, selalunya mudah mengalami kulit sensitif. Kulit sensitif bersifat agak tipis, kering dan mudah ditumbuhi jerawat.
Kulit akan mudah menjadi kemerah-merahan, bertompok-tompok, gatal-gatal dan cepat merengsa apabila tersilap pemilihan alat solek atau kosmetik lebih-lebih lagi yang mengandungi alkohol. Perubahan suhu juga boleh menjadi faktor untuk kulit yang sensitif.

CARA PENJAGAAN :
Elakkan dari memilih pencuci muka atau alat solek yang mengandungi pewangi (fragrance), asid buah, pati tumbuh-tumbuhan yang merangsang kelembapan muka dan enzim yang mengakibatkan pengelupasan kulit. Jauhi semua pencuci muka berbentuk gel.

Bahan jagaan kulit wajah yang mengandungi chamomile dan jojoba mampu memberi kelegaan pada kulit wajah.


KULIT MATANG 

KULIT MATANG ialah kulit wajah di dalam peringkat usia yang matang. Jenis kulit ini mudah terbakar (sun burn). Ada ketikanya kulit matang akan mengalami alergi dan memberi reaksi pada beberapa bahan perawatan wajah atau alat solek yang selama ini tidak memberi sebarang masalah.
Kulit juga mudah menjadi kemerah-merahan dan merengsa. Garisan ketuaan akan terbentuk pada sekeliling mata, mulut dan dahi. Wajah juga akan kelihatan kusam dan amat kering.

CARA PENJAGAAN :
Kulit matang amat mudah tercedera dan agak sensitif. Kelembapan semula jadi akan mudah hilang dan mudah kering. Oleh itu, rawat kulit wajah secara lembut dan konsisten dengan pemilihan barangan jagaan kulit yang bersesuaian. Sesekali kulit harus dipupur dan disental agar sel-sel kulit mati dapat ditanggalkan. Ini akan memudahkan pelembap wajah menyerap ke dalam kulit wajah.

Apa-apa pun sebenarnya... rawatan terbaik untuk menjaga kesegaran dan kesihatan serta keanjalan kulit adalah dengan tidur yang cukup dan minum air putih secukupnya....... Itulah kunci utama kesihatan!!

END.......



15 comments:

fiq. said...

saya rasa muka saya berminyak, tapi ramai kate muka berminyak ni bangus, tak cepat tua kulit muka ...
am i rite?

Ratu Satin said...

@fiq :
erm... betul laa... sbb kulit yg berminyak ni ssh nk dpt garis halus @ kedut yg mgakibatkan muka nmpk tua. Tp klau x jg btul2 sng dpt jrawat ngan pori2 senang jd besau..

ulquiora said...

trima kasih Ratu atas infomasi yg anda sediakan

Ratu Satin said...

@ ulquiora : Sama-sama (^_^)

Aqhiedah Sabri said...

Boleh tak recommendkan pencuci muka yang sesuai untuk kulit kombinasi? :3

Anonymous said...

Tukar jenis tulisan. Susah nak baca.

Anonymous said...

Sy bru je tkar produk..2 bulan lpas sy pkai garnier sakura..skrg tkar ke safi balqis..hri kdua pkai tmbuh jrawat..sy ske pkai safi sbb tona lebih sekata..tp skrg ni sy trtnya2..sme ada produk ni ssuai ke tidak dgn kulit sy?

Suhaily ahmad juffri said...

Info yang bagus mengenai kulit. Kenal jenis kulit baru senang cari skincare kan

http://www.elnaomie.net

ery hanif said...

Kulit nipis.dulu pakai safi balqis tapi dah tak pakai sebab kulit rasa semakin nipis.mudah sun burn susah nak pulih.nak pakai apa her yg sesuai nak rawat balik?

Marry Scott said...

I love these tutorials! They are so pretty, and easy enough to follow. Thanks for posting again, I will be trying out the three twisted buns for a holiday party!

SITI NAJWA NAEMAH WAHAB said...

Cube pakai zarraz paramedical. Merawat secara lembut utk kulit yg sensitif. Kulit sy hyper sensitif. Pki zarraz makin elok wlupun x smbuh spenuh nye lg..

Lavender olala said...

nak tanya kulit berminyak dan senang dapat jerawat, sesuai atau tidak guna produk garnier sakura white? atau garnier biasa tu..

Maizatul Adawiyah said...

Saya copy ye sis untuk share di insta

Vicka Rizana Wagi said...

Kalau muka berminyak patut pakai pencuci muka apa ya ?

Vicka Rizana Wagi said...

Kalau muka berminyak patut pakai pencuci muka apa ya ?