~ STUDIOs CREW ~

Saturday, June 18, 2011

Tips penjagaan wajah untuk LELAKI

Holla hai... Salam untuk semua!!!

Hai korang!!..
Sebelum-sebelum ni  Satin banyak buat entri pasal tips & info untuk orang pompuan.
Jadi untuk entri kali nie Satin tujukan khas buat kaum LELAKI pulak.

Uuiiihhh!!! Camane lak tetiba leh kuar gambo Empayar Utama nie??!!!...

Orang lelaki ni jarang sangat nak amik berat tentang kecantikan kehenseman diaorang, lagi-lagi part nak jaga muka. Bagi diaorang penjagaan kulit muka ni perkara yang remeh temeh jerk. Jarang tol nak tengok lelaki menghabiskan masa untuk jaga muka diaorang.
Diaorang tau, pas mandi, sikat rambut, letak gel sket, pakai smart2, siap!! Kira dah macho, dah hensem sangat lah tu... Sedangkan mereka tak tau yang ada sesetengah pompuan @ aweks ni dalam diam menelek struktur wajah diaorang!! Jeng-jeng-jeng..... haaaa kantoi!!!

PERHATIAN UNTUK KAUM LELAKI!!... Korang kena tau yang penjagaan kulit muka ni sangat penting! Bukan hanya untuk pompuan jer tau!! Sebabnya semakin usia kita meningkat, kulit kita akan semakin hilang sifat tegangnya. Kedutan dan garisan akan mula timbul lebih-lebih lagi kalau korang jenis yang suka buat aktiviti luar dan mengadap sinar matahari. 

So.... dengan baik hatinya, kat sini Satin akan bagi sket tip untuk korang yang bergelar 'lelaki', camane cara nak jaga kulit muka yang korang rasa dah ensem sangat tu!!

Perkara paling utama ialah korang perlu tahu jenis kulit dan masalah kulit korang semua. Part ni korang boleh la refer kat entri yang Satin buat sebelum ni. Kalau tak tau atau tak ingat, klik jer kat SINI. Pastu korang kena la pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit muka korang.
Jangan la takut.... sebab korang tak perlu nak abiskan duit sampai beratus-ratus hengget atau beli produk yang mahal dan berjenama untuk jaga kulit muka korang tue... Sabun Susu Kambing Gurun pun dah ok kalau ianya sesuai dengan korang.
Kat luar sana macam-macam produk penjagaan kulit wajah yang korang boleh dapat. But... HATI-HATI!!! Pemilihan produk yang salah boleh merosakkan kulit.


Produk kulit wajah yang baik adalah yang mengandungi bahan ekstrak dari pati buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan semulajadi. Contohnya cam minyak biji anggur, minyak Babbassu, Aprikot dan Aloe Vera, Phytessence Wakame, Coenzyme Q10 & Cynergy TK.... ni contoh je tau!!
Korang jugak tak perlu nak amik masa yang lama pun untuk jaga muka ni... cuma beberapa minit jerk da cukup dah....

Okay, let scroll down.....

Menjaga agar kulit bersih.

1. Kulit wajah orang lelaki ni sebenarnya 20% lebih berminyak daripada kulit wajah pompuan.
Ini menunjukkan kulit wajah lelaki ni lebih kotor daripada kulit wajah pompuan... dan sepatutnya wajib dicuci tiap-tiap hari.
Paling bagus, disarankan  korang cuci muka 2 kali sehari iaitu masa pagi dan sebelum tidur. Sebab kalau tak cuci muka, semua kotoran, dan bakteria @ plankton-plankton yang melekat kat kulit semalaman boleh menyebabkan timbulnya jerawat, dan menjadi penyumbang utama bagi timbulnya garis-garis penuaan pramatang.. Da tak ensem da kan... 

2. Cuci muka korang sebelum korang bersenam atau pergi gym. Korang akan berpeluh masa bersenam dan selepasnya. Kalau korang da cuci muka dulu ini akan mengurangkan kotoran dan bakteria yang terkumpul disebabkan peluh tu.

Jaga kulit dari minyak yang berlebihan.

Kulit yang terlalu berkilat pun tak sihat gak. Hilangkan minyak kat kulit wajah dengan menggunakan kertas minyak atau light powder untuk menghilangkan minyak. Jangan lupa rawat bibir jugak. Gunakan lip balm yang mengandung SPF.


Menjaga kesihatan kulit wajah. 

Kulit yang sihat akan membuatkan kulit wajah sentiasa kelihata lebih muda @ muda remaja.
Ada beberapa teknik yang dapat mempertahankan kulit agar sentiasa sihat. 
1. Lakukan facial secara rutin. Facial boleh dilakukan sebulan sekali.
2. Lindungi kulit dari sinaran matahari (Sinar UV) bagi yang suka dok berjemur kat luar atau yang buat aktiviti-aktiviti kat luar. Sebabnya sinar UV juga boleh mendatangkan masalah kedutan, kusam & berminyak. Pastikan korang sapu krim pelindung matahari yang ada kandungan SPF 15 supaya tak mengalami kulit terbakar atau senang cakap... sunburn. 
3. Makan makanan yang mengandungi vitamin C dan E.
4. Hindari minuman beralkohol, rokok dan stress, sebab 3 benda ni dapat membuatkan korang kelihatan lebih tua.
5. Dapatkan rawatan pakar kulit atau dermatologis sekiranya korang mengalami masalah kulit yang serius.
6. Gunakan produk yang sihat dan dikhususkan untuk lelaki. Apa yang penting....kerjasama (cam Wonder Pet lak) korang memiliki 4 produk utama iaitu Sabun Pencuci, Toner, Krim Malam dan Moisturizer.


SABUN/PENCUCI MUKA


 Jangan gunakan sabun biasa. Gunakan sabun khusus pencuci muka untuk 'kaum Adam'. Hindari penggunaan sabun pencuci muka yang mengandung kimia. Boleh juga gunakan sabun pencuci muka yang mengandungi scrub. Ini kerana scrub dapat menanggalkan sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit di wajah. Tapi hindari scrub yang mengandung seed extracts, sebab ianya akan merosakkan kulit wajah. Kalau korang guna scrub sahaja, scrub la muka korang 2-3 kali seminggu.



PENYEGAR/TONER
 

Bagi yang jenis memang pemalas nak basuh muka, korang boleh la terus gunakan penyegar/toner.
Ini kerana toner merupakan salah satu alternatif untuk korang skip daripada menggunakan mencuci muka. Hanya gunakan kapas muka, letak sket amount of toner dan usapkan ke atas muka sehingga meliputi keseluruhan muka. Bagi muka yang berminyak, tumpukan pada bahagian yang berminyak terutamanya kat dahi dan hidung (kalau pompuan biasa panggil Zon-T). Gunakan toner ni sebelum masuk tidur/pada waktu malam atau pas cuci muka pada waktu pagi pas mandi...


KRIM MALAM


Krim malam boleh didapati dalam banyak jenis... ada yang berbentuk krim dan jugak gel... Biasanya lelaki lebih suka guna yang spesis gel sebab ianya lebih sejuk dan tenang. Krim malam ni membantu menenangkan kembali otot-otot muka yang da penat mengadap waktu siang. Gunakan selepas korang pakai toner, sebelum masuk tidur.


MOISTURIZER


Pelembap atau moisturizer adalah untuk melembapkan kulit seharian agar tak kering dan kusam. Moisturizer sangat penting kat Malaysia ni sebab cuaca yang agak panas. Pagi-pagi pas korang mandi, cuci muka, dan pakai toner, korang sapukan dulu sedikit moisturizer. Pastu baru la korang siap-siap kuar umah, g kerja atau pun menyambung tugas dan aktiviti seharian korang. Pelembab juga diperlukan selepas korang mencukur. Perlu diingat, hindari daerah sekitar mata, sebab daerah tersebut sebaiknya menggunakan pelembab khusus.

Keempat-empat produk ni da cukup untuk menjaga kulit korang seharian...dari pagi hingga malam.


Kepada sesiapa yang mempunyai bajet lebih, atau korang memang banyak duit, korang boleh la membeli lebih banyak produk penjagaan muka sampingan cam Shaver Foam dan Aftershave Cream. Nak tau fungsinya? Tengok kat bawah nie...




SHAVER FOAM


Merupakan sejenis medium untuk melancarkan proses mencukur dan mengelakkan dari terkena razor burn/luka serta mengurangkan tekanan ketika mencukur. Sebenarnya foam lebih lembut dan mudah digunakan berbanding krim.



AFTER SHAVE CREAM/BALM/LOTION


After Shave Krim/Balm/Lotion ini digunakan selepas shaving/mencukur. Ia membantu menyejukkan kulit setelah bercukur dan menyembuhkan razor burn. Ianya juga dapat membantu membersihkan dan mencerahkan kulit setelah shaving/mencukur kerana produk ni biasanya mengandungi pelembab.

********************************************************
*******************************************


Kepada kaum-kaum lelaki, pasni belajar-belajar la belai muka korang yerk.... Sangat penting sebenarnya untuk kita menjaga kulit, sebabnya kulit ni merupakan barisan pertama pertahanan badan kita yang akan menentang penyakit dan kuman.

Camane pun asas paling utama dalam penjagaan kulit ialah dengan meminum air kosong sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari untuk menjaga kelembapan kulit...... Ada faham????

Nie jew la dulu tips untuk lelaki buat masa nie ya... InsyaAllah... Satin akan cuba kongsi tip-tip lain di entri yang lain lak ek...
See you soon my dear readers....
ADIOS.........




14 comments:

EmpayarUtama said...

Krim-krim x pakai. Cuba live link yang ni ganti gambar kaku tu: (src) http://instantblogsubscribers.com/uploads/avatars/1387_4323.gif

gaban said...

Aku cuci muka jer,main belasah jer apa pun janji kuar buih sabun lehla,skrg br tau penjagaan yg tul,tp air x minum byk,agak2nya produk brand apa yg perlu dibeli..skrg kulit dh kasarla..tlg?

Rassendyll Rudolf said...

Semua ni aku pakai. dan lagi satu tambahan aku pakai. serum...
ntah, aku main bedal je pakai serum sebab aku beli package Safi Perfect 10

Rassendyll Rudolf said...

Semua ni aku pakai. dan lagi satu tambahan aku pakai. serum...
ntah, aku main bedal je pakai serum sebab aku beli package Safi Perfect 10

sky arcobaleno said...

umor 16 taun mmg normal ke kalau ad bnyk jerawar?

sky arcobaleno said...

umor 16 taun mmg normal ke kalau ad bnyk jerawar?

sky arcobaleno said...

umor 16 taun mmg normal ke kalau ad bnyk jerawar?

sky arcobaleno said...

umor 16 taun mmg normal ke kalau ad bnyk jerawar?

Anonymous said...

Sy gadis berumur 16 tahun n x pakai apa2 produk kecntikan..pencuci muka pon x pakai.pakai sabun je..hehe..tpi muka sy ok je..

Anonymous said...

Kulit muka berjirawat.. jeragat.. cmna nak hilangkan? Sy nak jdi cm artis kuria

Bali Tour said...

terima kasih atas informasinya

sporting goods said...

berjirawat berjeragat nk jd mcm artis kuria, rajin2 la sental muka dgn clorox baaaaaru la putihhhhhhhh

sporting goods said...

berjirawat berjeragat nk jd mcm artis kuria, rajin2 la sental muka dgn clorox baaaaaru la putihhhhhhhh

Anonymous said...

Bu...pompuan sesat kat page utk laki..haha