~ STUDIOs CREW ~

Monday, June 20, 2011

COKLAT

Holla everybody!!!
Lama da Satin tak buat artikel tentang info... So kali ni Satin nak share tentang info sihat yang berkait dengan COKLAT!!


Korang mesti suka kan makan COKLAT... Satin memang suka tersangat-sangat!! Ramai orang cakap makan COKLAT ni nanti gemuk la, gigi rosak la... terlalu banyak mitos yang buruk-buruk tentang COKLAT. Tapi yang sebenarnya COKLAT ni banyak khasiat!! Jom scroll down...

MITOS DAN FAKTA TENTANG
'COKLAT'


COKLAT




MITOS


FAKTA


1


Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.

 

Coklat sungguh berkhasiat!
1 bar coklat susu mengandungi :
- 9 % kalsium
- 9 % riboflavin
- 6 % protein
- 3 % zat besi
- 2.4 % vitamin A
- 2 % thiamine
Nilai khasiatnya akan bertambah jika dicampurkan dengan kacang atau mentega kacang.


2



Coklat merupakan sumber utama gula dalam diet kanak-kanak.

 

Kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Michigan State, Amerika Syarikat (AS), menunjukkan bahawa hanya 3% daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi daripada coklat dan lain-lain makanan konfeksi seperti emping dan bijirin.


3


Coklat menyebabkan kerosakan gigi dan jerawat.



Kajian mendapati satu daripda bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak gigi. Selain itu coklat juga bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan bukanlah punca langsung terhadap jerawat tetapi keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.


4


Coklat mengandungi sodium yang tinggi.





- 1 bar coklat gelap yang kurang manis hanya mengandungi  1.5 miligram sodium.
- 1 bar coklat susu pula hanya mengandungi kira-kira 40 miligram sodium.

Jumlah ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan sodium di dalam :
- Secawan susu = 122 miligram
- Sekeping roti gandum = 132 miligram
- Keju swiss = 440 miligram.


5


Kafien dalam coklat menyebabkan terlalu aktif dan sukar tidur.



Secawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 miligram kafien.

Teh pula antara 28 hingga 44 miligram kafien.

Minuman ringan antara 32 hingga 65 miligram kafien setin.

Tahukah anda bahawa kita terpaksa memakan kira-kira 5 bar coklat untuk membolehkan anda semua menyalahkan coklat kerana sukar tidur nyenyak.


Okey kengkawan...camane???
Haaa... pas ni tak yah ler korang nak takut-takut makan coklat atau nak sekat-sekat diri dari memakan coklat yea!! Tapi jangan pulak korang dok melantak coklat pagi petang siang ngan malam... kang baik-baik banyak khasiat jadi 'terlebih' khasiat lak kang... lain lak jadinya....

 

Thats all for now!!

ADIOS!!..........


2 comments:

Erra Kyra said...

best nyer cokelat ratuuuu!!

saya pong pencinta cokelat!!^^


saya rasa sonok sangat tgk cokelat..sampai ter folo pulak..hee

Ratu Satin said...

@ Erra Kyra :
X leh nak ckp per aarr sbb COKLAT memg d best in d world!!! Hahahaaa!!
Anyway thx coz follow!! TQ erra.. (^______^)