~ STUDIOs CREW ~

Sunday, June 26, 2011

MASKARA

Salam sayang buat semua pembaca setia...
Sebelum ni Satin pernah berkongsi tentang tips & info cantik tentang mata. Kali ni Satin akan sambung lagi tips cantik berkaitan dengan mata jugak iaitu MASKARA.
 

Penggunaan maskara sangat penting untuk menampilkan impak mata yang lebih memukau dan mempesonakan. Memandangkan zaman sekarang ni terlalu banyak jenis maskara yang dipasarkan, ianya sedikit sebanyak mendatangkan kekeliruan kepada pengguna dan penggemar kosmetik ini. 

Jadi tak salah rasanya untuk Satin share sedikit pengetahuan tentang maskara ni agar kita sama-sama dapat memilih maskara yang tepat dan sesuai dengan keperluan bulu mata kita.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

KEGUNAAN MASKARA

  • Membuatkan lentikan bulu mata tahan lebih lama.
  • Merawat bulu mata yang rosak.
  • Melembapkan bulu mata yang kering.
  • Menjadikan bulu mata lebih panjang, lentik dan kelihatan lebat.
  • Mengelakkan bulu mata palsu tertanggal.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

KANDUNGAN & BENTUK MASKARA



JENIS-JENIS
MASKARA


KANDUNGAN


FUNGSI


1


WATER SOLUBLE mascara




Cairannya berasaskan air, lilin, pewarna (pigmen), polimer dan pengawet.


Kandungan air yang banyak dalam maskara jenis ini menyebabkan ianya mudah larut dalam air.

Tetapi ianya tahan lebih lama dan sesuai untuk kegunaan setiap hari.


2


WATERPROOF mascara




Kandungan cairannya hampir sama dengan maskara yang mudah larut dalam air tetapi perbezaannya hanyalah maskara ini dihasilkan berasaskan minyak menyebabkan tidak mudah larut dalam air.


Penggunaannya disarankan selepas menyapu conditioning mascara supaya bulu mata tak mudah kering dan putus.


3


LENGTHENING mascara




Kandungannya terdapat serat nilon dan rayon.


Berusnya dilengkapi bulu-bulu yang lebih tebal dan panjang yang berfungsi untuk membuatkan bulu mata lebih panjang.

Sangat sesuai untuk yang memiliki bulu mata pendek, lentik, halus malah juga yang tebal.


4


THICKENING mascara




Mengandungi silikon dan lilin yang padat.


Fungsinya ntuk menambahkan volume atau menebalkan bulu mata.

Maskara jenis ini sangat sesuai bagi yang memiliki bulu mata panjang, tetapi kurang lentik dan tebal.


5


NON-CLUMPING mascara




Mengandungi ekstrak sutera dan gliserin selain dilengkapi dengan berus yang lebih panjang.


Berfungsi untuk menjadikan bulu mata kelihatan lebih tebal tetapi tidak menggumpal atau kusut.


6


TRANSPARENT mascara




Mengandungi sedikit sahaja pewarna.


Fungsinya sangat terhad iaitu untuk membuatkan bulu mata kelihatan lebih segar dan berkilat.

Sangat sesuai untuk yang memiliki bulu mata yang panjang dan tebal.


7


CAKE mascara



Berbentuk bedak atau krim dan digunakan sebelum maskara dalam bentuk cecair dihasilkan.


Maskara jenis ini digunakan untuk mendapatkan bulu mata yang sangat tebal.

Sabelum menyapu maskara cake ini hendaklah dibasahkan sedikit berusnya dengan air dan rapikan agar ketebalannya rata dan seimbang.


8


CONDITIONING mascara




Kandungan cairan maskara ini dilengkapi dengan provitamin B5 dan protein.

Berfungsi untuk menjaga kelembapan bulu mata dan merawat bulu mata agar kekal sihat.

Sebaik-baiknya sapukan dulu conditioning mascara sebelum menyapukan maskara yang mengandungi pewarna (lengthening mascara, thickening mascara atau waterproof mascara).

Walaupun maskara ini mengandungi vitamin dan protein, ianya tidak mampu membuatkan bulu mata menjadi lebih tebal atau lebih panjang.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

CARA PEMAKAIAN

1. Sebelum menggunakan maskara, pastikan bulu mata dibentukkan atau dilentikkan dulu menggunakan penyepit bulu mata.

PENYEPIT BULU MATA 
Tekapkan penyepit perlahan-lahan pada bahagian atas kelopak mata selama beberapa saat. Lakukan dari pangkal hingga ke hujung bulu mata dan ulangi selama 2-3 kali.

2. Setelah bulu mata dilentikkan, pastikan keseluruhan helaian berus maskara berlumur dan mengenai cairan maskara.

3. Mulakan dengan mengaplikasikan maskara pada lapisan atas, kemudian sikat bulu mata dengan menggunakan berus khusus. Ratakan hingga ke hujung bulu mata.

4. Selepas itu aplikasikan pada lapisan bawahnya. Sikat dari pangkal hingga ke hujung bulu mata.


SIKAT/BERUS BULU MATA
Sisir bulu mata menggunakan sikat khas semasa maskara masih basah. Hal ini penting untuk mengelakkan bulu mata daripada menggumpal dan kusut.

AWAS!!
JANGAN MELENTIKKAN BULU MATA
SELEPAS MENGAPLIKASIKAN MASKARA
KERANA IA AKAN MENYEBABKAN BULU MATA
AKAN MENGGUMPAL ANTARA SATU SAMA LAIN.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

TIPS PERLU TAHU TENTANG MASKARA

1. USIA MASKARA
Antara 3 hingga 6 bulan.
Simpan pada suhu bilik dan jangan simpan di tempat yang lembap.
Elakkan juga dari menambah air ke dalam maskara kerana perbuatan ini akan merosakkanya.

2. CARA MENCUCI MASKARA
Gunakan pencuci khusus untuk mata.
Gunakan kapas muka untuk membersihkan sisa-sisa solekan pada mata.
Maskara kalis air memerlukan pembersih yang mengandungi minyak seperti minyak bayi.
Jangan gunakam tisu kerana strukturnya terlalu kasar.

3. KESAN SAMPINGAN
Mata amat sensitif!!
Berhati-hati dalam pemilihan barangan kosmetik terkini kerana terdapat pelbagai kosmetik tiruan yang mengandungi bahan kimia yang boleh mendatangkan kemudaratan. Sekiranya tidak peka dalam memilih kosmetik terbaik, kesan sampingan yang mungkin akan timbul adalah seperti tersa gatal-gatal, pedih mata dan berair.




No comments: