~ STUDIOs CREW ~

Thursday, June 23, 2011

CREATIVE MAKE-UP aka AVANT-GARDE

Haaiii uolls...!!
koleksi gambar-gambar solekan
AVANT-GARDE/ CREATIVE MAKE-UP

Mesti ada yang tertanya-tanya amende pulak ler 'AVANT-GARDE' tu kan... heheee...
'AVANT-GARDE' ni kalau betul-betul ikut pada makna dalam kamus, maksudnya kumpulan yang membawa pembaharuan.
Tapi dalam dunia persolekan pulak, 'AVANT-GARDE' merupakan satu jenis solekan yang keluar dari teknik solekan biasa. Senang citer atau nak senang paham kita sebut 'CREATIVE MAKE-UP'


Solekan 'AVANT-GARDE' merupakan eksplorasi pembaharuan teknik-teknik solekan di mana solekan akan diberi penekanan dan tumpuan lebih di bahagian sekitar mata. Ianya juga akan menggunakan sentuhan warna-warna terang atau juga warna-warna yang cemerlang.

Biasanya solekan 'AVANT-GARDE' nie diketengahkan pada acara pertunjukan pentas (catwalk), photo shoot atau event-event tertentu. Selalunya untuk mengenakan solekan nie tema-tema tertentu akan ditetapkan pada satu-satu acara. Pastu dari tema-tema yang diberikan tu, pandai-pandai la jurumekap nak eksplore teknik mekap diaorang dengan kreatif kat muka model masing-masing.

K... jom tengok contoh-contoh gambar seni keindahan dan kreativiti solekan 'AVANT-GARDE' yang menarik!!









 











Camane??? Cun tak??? Pada sesape kat luar sana yang sedang dok 'riki-riki' nak jadi juru mekap, korang kena ingat tau, yang korang kena la jugak tau semua jenis solekan dan teknik-teknik solekan yang lain yea... Tak boleh ler khusus pada solekan pengantin, dinner atau yang cantik-cantik jerk... Kalau betul-betul nak jadi seorang jurumekap atau bahasa omputehnya 'make-up artist' kita mesti kena tau jugak (walaupun sikit-sikit) teknik-teknik solekan yang memerlukan kesan-kesan khas yang lain! Baru la boleh pergi jauh... OKEY!!


So... Good luck to the all new comers of make-up artist!!

ADIOS!!.......