~ STUDIOs CREW ~

Tuesday, July 19, 2011

Bentuk Mata & Teknik Mengaplikasi Eyeshadow

Salam buat semua pembaca setia....

Hai korang!! Nak tau tak... mengenali bentuk mata sebelum mengaplikasikan mekap mata atau eyeshadow sebenarnya sangat penting untuk memberi impak mata yang sempurna. So kat sini Satin ingin berkongsi sedikit ilmu tentang teknik pemakaian eyeshadow yang sempurna mengikut bentuk mata.


Sebelum mulakan tutorial simple ni korang leh tengok perkataan shortcut kat bawah ni sebagai rujukan ya :

HL = Highlight
LS = Light Shade (warna terang)
MS = Medium Shade
DS = Dark Shade (warna gelap)


1. WIDE SET EYES
(Set mata luas/lebar)


Memiliki jarak yang lebar diantara kedua belah mata. Jaraknya lebih dari lebar 1 mata.


Contoh selebriti yang memiliki set mata jenis ini :
KATE MOSS

CARA MENGAPLIKASI EYESHADOW :
Fokuskan mekap mata pada 1/3 bahagian dalam mata. Warna gelap memberi kesan 'sempit'. Pengaplikasian warna gelap pada 1/3 bahagian dalam mata memberi ilusi seolah-olah jarak antara kedua mata berada dalam keadaan jarak yang dekat.


  • Aplikasikan light shade di 2/3 bahagian mata luar, blend ke atas sampai ke tulang alis
  • Aplikasikan dark shade di 1/3 bahagian mata dalam.
  • Blend ke dua warna tersebut, sehingga perubahan warnanya menjadi sebati.
  • Jangan lupa sapukan highlight di bawah alis.
  • Apply eyeliner di bahagian atas dan bawah mata
Tips : Semasa membentuk alis, rambut alis bagian dalam jangan dicabut/dishave, ini kerana ianya dapat membantu jarak mata anda kelihatan dekat.



2. ALMOND SET EYES
(Set mata bentuk almond)


Bercirikan sudut mata yang menaik ke atas. Dianggap sebagai bentuk mata paling sempurna.
Contoh pemilik mata almond :
AISWARYA RAI

CARA MENGAPLIKASI EYESHADOW :
Sebenarnya pemilik almond eyes mempunyai kebebasan untuk bereksperimen dengan make up mata, tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan, kerana bentuk mata almond dianggap sebagai bentuk mata paling sempurna. 


  • Ratakan light shade (warna muda) natural, dari kelopak mata sampai ke bawah alis
  • Aplikasikan medium shade (warna medium) di lipatan mata luar, blend ke arah atas.
  • Sapukan dark shade di sudut luar kelopak mata.
  • Beri highlight di tulang alis/bawah alis.
  • Aplikasikan eyeliner di bahagian atas, untuk membuat mata kelihatan bulat.
Pakailah maskara pada bulu mata atas dan tebalkan di bahagian hujung luar supaya mata semakin kelihatan cantik ibarat mata kucing.



3. PROTRUDING/PROMINENT SET EYES
(Set mata menonjol keluar)


Bentuknya menonjol dengan kelopak mata yang lebar, memberi kesan seperti mata boneka atau ada juga yang menggelarkannya fish eyes.
  
Contoh pemilik mata menonjol :
ANNE HATHAWAY

CARA MENGAPLIKASI EYESHADOW :
Memiliki mata seperti ini harus pandai dan tahu bagaimana untuk membuat mata supaya tidak kelihatan begitu menonjol. Triknya adalah dengan memberi kesan warna gelap pada kelopak mata, dan warna terang pada bahagian bawah alis, supaya mata terlihat lebih 'termasuk', sementara area bahagian bawah alis kelihatan 'terkeluar'.


  • Aplikasikan eyeshadow dark shade yang matte. Jangan gunakan warna yang berkilau kerana kilauan tersebut akan membuatkan mata kelihatan popped-out, pecahkan dan blend warna ke arah lipatan mata.
  • Dari lipatan mata aplikasikan medium shade dan arahkan ke hujung luar mata.
  • Dari lipatan mata hingga ke bawah alis pula, beri kesan light shade
  • Sapukan highlight di bawah alis.
  • Apply eyeliner di bahagian atas mata agak tebal untuk memberi kesan mata yang mengecil
  • Aplikasikan mascara dan beri penekanan pada bulu mata di bahagian atas.



4. DEEP SET EYES
(Set mata ke-dalam)


Boleh dikatakan bahawa deep set eyes berlawanan dengan mata menonjol. Mata jenis ini memberi kesan yang cengkung.
  
Contoh pemilik deep-set :
JULIANNE MOORE
CARA MENGAPLIKASI EYESHADOW :
Apa yang perlu diketahui tentang mata jenis ini ialah bagaimana cara untuk membuat mata tidak kelihatan tersorok ke dalam. Caranya hanyalah dengan memberi warna terang pada kelopak mata, dan warna gelap pada bahagian lipatan mata dan sedikit ke atasnya. Ini adalah supaya mata akan kelihatan lebih menonjol keluar, sementara bahagian di bawah alis kelihatan termasuk.


  • Aplikasikan light shade matte pada seluruh kelopak mata
  • Aplikasikan medium shade pada bahagian lipatan mata
  • Di hujung luar lipatan mata, aplikasikan warna dark shade
  • Beri highlight di bawah alis
  • Sapuan garisan eyeliner hendaklah dibuat sedekat dan serapat mungkin dengan garis bulu mata, sebaiknya hindari warna hitam, kerana warna hitam akan membuatkan mata kelihatan lebih tenggelam.
  • Beri penekanan sapuan mascara pada bulu mata di bahagian atas.
Bentuk alis juga memainkan peranan bagi menentukan situasi mata akan terlihat. Untuk deep set ini, bentukkan alis sedikit ke atas dari yang asli.



5. DOWN TURNED EYES
(Set mata menurun)


Bercirikan sudut mata yang menurun ke bawah dan menyebabkan pemiliknya kelihatan seperti layu, tidak bermaya atau penat


Contoh pemilik mata jenis ini :
JENNIE GARTH


CARA MENGAPLIKASI EYESHADOW :
Bentuk mata ini perlu diberi penekanan di bahagian sudut luar yang menurun. Fokuskan mekap mata pada sudut luar mata. Pastikan sapuan eyeshadow sentiasa diarahkan ke atas / ke arah alis.



  • Aplikasikan warna terang atau light shade pada 2/3 bagian kelopak mata
  • Berikan medium shade di ujung luar mata.
  • Sapukan dark shade pada lipatan mata dan blend ke atas.
  • Berikan highlight.
  • Aplikasikan eyeliner, buat bagian ujung mata luar lebih tebal. Pengaplikasian eyeliner ala cat eyes sangat bagus untuk jenis mata ini.
Saat mengaplikasikan maskara, fokuskan di bahagian hujung luar bulu mata.



6. CLOSE SET EYES
(Set mata rapat)


Memiliki jarak yang sempit antara kedua belah mata, kurang lebih berjarak 1 mata atau kurang.

Contoh selebriti yang memiliki close set eyes :
GINNIFER GOODWIN


CARA MENGAPLIKASI EYESHADOW :
Untuk memberi kesan seolah-olah kedua mata berada di jarak yang jauh, aplikasikan eyeshadow warna muda di bahagian hujung dalam kelopak mata.


  • Aplikasikan highlight di bahagian hujung dalam kelopak mata
  • Sapukan light shade atau boleh juga medium shade pada bahagian tengah kelopak mata
  • Dark shade diaplikasikan pada area hujung luar mata
  • Beri highlight di bawah alis
  • Sapukan eyeliner di bahagian atas dan bawah mata, buatkan hujung luar mata lebih tebal.
  • Aplikasikan mascara pada bahagian bulu mata atas dan bawah, intensifkan ketebalan mascara di hujung luar.
Saat memakai pensil alis, panjangkan alis di bahagian hujung luar.



7. HOODED EYES
(Set mata separuh tertutup)


Hooded eyes ialah jenis mata yang separuh kelopak matanya tidak kelihatan semasa mata dibuka.
  
Contoh pemilik hooded eyes :
PARIS HILTON

CARA MENGAPLIKASI EYESHADOW :
Bagi pemilik mata jenis hooded hanya perlu menggunakan satu shade pada kelopak mata, untuk memberi 'bentuk' pada kelopak. Lihat ilustrasi di bawah untuk untuk lebih jelas.


 

  • Berikan warna paling terang atau light shade pada kelopak mata.
  • Sapukan medium/dark shade pada lipatan mata, kemudian blend ke atas.
  • Aplikasikan highlight di bawah alis
  • Hindari dark shade pada kelopak mata.
  • Apply maskara dan eyeliner di bulu mata bahagian atas dan bawah.



8. ASEAN EYES


Berbentuk kecil tetapi terdapat juga yang menyerupai almond shape, cenderung tidak memiliki lipatan atau hanya sedikit lipatan.

 Contoh :
SONG HYE KYO (aktres Korea)


CARA MENGAPLIKASI EYESHADOW :
Biasanya yang disebut Asian eyes adalah mata yang tidak memiliki kelopak/kelopaknya sempit. Untuk mata jenis ini perlu tahu membuat trik seolah-olah pemiliknya memiliki kelopak mata yang luas. Usahakan untuk menghindari warna yang terlalu gelap dalam mendandani mata jenis ini.


 

  • Aplikasikan warna muda atau light shade pada kelopak mata. Di hujung luar mata, berikan warna satu tone lebih tua dari light shade (LS 1)
  • Aplikasikan medium shade pada bahagian di mana anda ingin memunculkan kesan lipatan mata. Lebarkan warna di bahagian luar.
  • Dari lipatan mata sampai ke bawah alis, berikan juga light shade
  • Di bawah alis, beri highlight
  • Ketika menyapu eyeliner, aplikasikan eyeliner lebih tebal di bahagian atas, dan tipis di bagian bawah.
  • Aplikasikan mascara dibahagian atas dan bawah.


Akhirnya.... selesai sudaaaaa..... huu... penat gak nak menyiapkan artikel nih!! Apapun, yang penting Satin da selamat post untuk bacaan u all semua...(^______^) Seronok-seronok-seronok!!

HAPPY READING!!

8 comments:

Nurulhuda Zaharni said...

tips menarik. leh tau dah nk make up eyeshadow camne. tenkiu!

already follow mellow u .

0nenanina Vanilla said...

x pndai nk make up..haha..

Ratu Satin said...

@ Nurulhuda : THX DEAR!!
@ Onenanina : boleh blajar (^_^) don't give up..

Anonymous said...

Exceptional post however I was wanting to know
if you could write a litte more on this subject? I'd be very grateful if you could elaborate a little bit further. Thanks!

Take a look at my page :: 5.9 cummins for sale
my page > 4bt cummins for sale

Anonymous said...

Incredible! This blog looks exactly like my old
one! It's on a totally different topic but it has pretty much the same page layout and design. Excellent choice of colors!

Here is my homepage ... vera wang wedding shoes

gula-gulasweet said...

Thanks.. Bru tau bentuk mata sy jenis wide set eyes ! Huhu .. Nak tye .. Sy berkulit hitam manis, mmg gelap .. Warna mata ape yg sesuai? Sbb sy cuma berani apply eyeshadow warna hitam , purple gelap dan biru gelap .. Yg lain nampak lebam kat mata walaupon guna warna tanah spt warna coklat dan sbgnye ..

Adelle Alexa said...

wah keren ...
makasih banyak lhoo telah mau berbagi tips yang cantik ini....
dengan begini bisa tampil cantik dengan mata bersinar dan memakai kaos kaki wanita yang saat ini banyak pengemarnaya

atiqah said...

nak minta izin nak gunakan post ini dalam assignment saya..terima kasih