~ STUDIOs CREW ~

Wednesday, August 10, 2011

LIPSTICK @ GINCU

MENGENAL JENIS LIPSTICK / GINCU


1. LIQUID :
Berbentuk cacair, pekat & berkilau. Biasanya dilengkapi dengan berus untuk memudahkan pengolesan. 

2. PEN LIP POLISH :
Berbentuk cecair dan disiapkan dalam kemasan seperti pen serta dilengkapi berus.

3. STICK :
Jenis ini biasanya tidak berkilat dan berstruktur agak lembap. Untuk tahan lebih lama di bibir, tekapkan tisu pada bibir selepas sapuan pertama kemudian sapukan semula gincu/lipstick jenis ini ke bibir.

4. PASTA :
Berbentuk gel padat dan dikemaskan dalam bentuk tiub (tube).

5. GLOSSY :
Berkilau dan berbentuk cecair. Efek kilau dan warna labih tipis. Bibir akan kelihatan berminyak jika disapu terlalu tebal.

6. SEMI-GLOSS :
Efeknya tidak begitu berkilau dan berminyak seperti glossy dan boleh didapati dalam bentuk stik atau krim padat.

7. KERING / MATTE :
Mengandungi lilin dan pigmen tetapi rendah 'emollint'. Gincu jenis ini mengandungi sedikit pelembap dan bibir akan sentiasa nampak kering dan halus.

8. FROSTY :
Strukturnya halus sehingga menimbulkan kesan yang berkilau dan akan menampakkan bibir kelihatan lebih tebal.

9. SHEERS :
Mengandungi minyak dan sedikit zat warna dan lilin sehingga bibir nampak semulajadi.

10. CREAMY :
Mempunyai banyak pelembap. Warnanya lebih hidup dan bibir tidak terasa tebal dan kering.

11. SHIMMER :
Mirip jenis 'glossy' dan efek kemilaunya kelihatan begitu hebat.

12. SATIN :
Berstruktur sangat lembut dan boleh menutup bibir dengan sempurna serta memberi kilauan tanpa kesan minyak.

13. LONG LASTING :
Mengandungi minyak silikon, menjadikan warna gincu begitu melekat di bibir dan mampu bertahan lama.

14. LIP CARE / LIP VITAMIN :
Merupakan lip treatment yang mengandungi bahan campuran antara pewarna bibir & vitamin untuk bibir. Berstruktur lembut, mengandungi pelembap dan mempunyai efek kilauan yang sederhana.

*************************************************************

BENTUK BIBIR

Secara amnya dalam bidang kecantikan, setiap manusia hanya memiliki 2 jenis bentuk bibir je iaitu BIBIR TIPIS dan BIBIR TEBAL.

1. BIBIR TIPIS :
Bagi setiap pemilik bibir tipis, pasti inginkan bibir kelihatan tebal kan... seksi la konon... ok.. ikut langkah nie...
  • Lukiskan garisan bibir pada garis luar saiz bibir asal.
  • Gunakan warna natural atau warna yang sama dengan warna bibir.
  • Sapukan lipstick dengan warna yang sesuai.
  • Untuk kelihatan lebih seksi, topupkan dengan pengilat bibir.

2. BIBIR TEBAL :
Bibir yang penuh atau tebal sememangnya agak memukau. Untuk faktor bibir tebal, elakkan dari warna-warna yang terlalu gelap. Pakailah warna-warna yang agak natural kerana penggunaan warna coklat gelap, plums atau merah terang yang agak menyala tidak sesuai langsung. Pengilat bibir juga sebolehnya dielakkan kerana ianya akan membuatkan bibir kelihatan semakin tebal. Untuk mengenakan lipstick pada bibir yang tebal...
  • Pilih pensel bibir yang berwarna lebih gelap dari warna bibir asal.
  • Lukiskan saiz yang diinginkan di bahagian dalam bentuk asal bibir.
  • Sapukan warna lipstick yang sesuai.

*************************************************************
 

TIPS KHUSUS AGAR LIPSTICK TAHAN LEBIH LAMA


  • Gariskan bibir terlebih dahulu dengan pensel bibir (lip liner) yang mempunyai warna lebih tua dari warna lipstick yang akan dipakai. Ini supaya sapuan kelihatan lebih rapi dan tidak melebihi sempadan.

  • Tekapkan bedak padat pada biir dengan 'puff'. Jangan takut untuk melepasi garis bibir yang sudah dibuat sebelumnya agar kelihatan samar.

  • Sapukan lipstick ke seluruh bibir dengan menggunakan berus khusus. Penggunaan berus lebih sesuai kerana sapuannya akan lebih menyeluruh dan menjimatkan. Ini kerana sekiranya masih ada sisa lipstick, ianya masih dapat digunakan.

  • Sekali lagi, berikan sentuhan bedak dengan 'puff' di atas lipstick yang siap dioles.
  • Proses terakhir, sapukan sekali lagi lipstick. Untuk kesan yang lebih seksi, jangan lupa sapukan pengilat bibir.

*************************************************************
*************************************************************






Sunday, August 07, 2011

Produk Penjagaan Kulit Wajah

Hai semua!!..
Berkisar tentang dunia kecantikan, setiap individu terutamanya kaum pompuan, konpom korang mempunyai set produk penjagaan kulit wajah tersendiri kat umah kan?? Tak kira la apa brand pun sama ada menggunakan brand yang paling branded atau pun yang biasa-biasa je... Yang penting produk tu mestilah serasi dan sesuai dengan kulit wajah korang!!

Contoh set produk penjagaan wajah

Set produk penjagaan kulit wajah ni selalunya ada dua set iaitu set siang dan jugak set malam dan fungsi setiap satunya ada yang sama dan ada jugak yang berbeza-beza. Ini la yang selalunya membuatkan pengguna confuse tentang fungsi-fungsi setiap produk tersebut. Lebih-lebih lagi bila penerangan yang diberikan di setiap botol atau label berbeza-beza mengikut jenama yang dijual.
So kat sini Satin akan cuba tolong bagitau korang atau sesapa yang nak tau tentang fungsi setiap satu produk dalam set penjagaan kulit wajah secara general okey!!


1. SUSU PEMBERSIH (MILK CLEANSER)

Susu pembersih ni teramat-amatlah sesuainya digunakan sebagai pencuci pertama.
Struktur susu yang sangat lembut dan mengandungi protein berfungsi untuk :
  • Membuang semua kotoran dan juga sel kulit mati.
  • Membantu mencerahkan kulit.
  • Bertindak sebagai agen anti penuaan.
  • Menyembuhkan luka dalaman.
  • Memulihkan sel baru untuk kulit.
  • Menyejukkan kulit.
  • Mengurangkan alahan pada kulit.


2. PENCUCI BUIH (FOAMING FACIAL CLEANSER)


Biasanya pencuci buih berasaskan sabun, gel dan cecair.
Fungsinya :
  • Mengawal muka yang berminyak.
  • Membersihkan kulit dari dalam.
  • Membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat.
  • Mampu mengurangkan garis-garis halus pada wajah.


3. SKRUB (SCRUB)

Skrub biasanya berstruktur seperti butiran pasir halus. Selalunya skrub dihasilkan dan diadun dari garam halus, serbuk kopi, serbuk koko, gula pasir, madu lebah dan jugak ekstrak buah-buahan... Paling selalu kita jumpa dari ekstrak aprikot dan badam. Eerrmmm.... cam boleh makan jerk bunyinye ek... Fungsinya??
  • Bertindak sebagai anti bakteria pada kulit.
  • Menanggalkan semua sel-sel mati pada kulit.
  • Membuang daki dan kotoran yang melekat.
  • Menjadikan kulit lebih cerah, halus dan gebu..... sangaaattt!!!


4. PENYEGAR / TONER (TONNER)


Berbentuk cecair dan biasanya dihasilkan dari air mawar dan ekstrak buah-buahan seperti limau atau epal.
Penyegar berfungsi untuk :
  • Menyegarkan kulit.
  • Mengecutkan liang pori-pori kulit muka.
  • Membantu proses penyerapan pelembap yang lebih efektif.
  • Menanggalkan debu-debu & sisa-sisa solekan.


5. TOPENG (MASK)

Topeng / mask ni jarang sket orang nak pakai. Mungkin agak leceh dan perlu mengambil masa sket kot... Topeng ni banyak jenis... yang biasanya digunakan seperti :
  • Jenis serbuk yang dibancuh dengan air mawar
  • Serbuk emas
  • Kertas lembap (biasa dijual dalam bentuk peket)
Struktur topeng ni biasanya dihasilkan dari ekstrak kekacang, bunga, buah-buahan, sayuran dan paling terkini dari serbuk emas tulen.
Apapun jenis topeng ni, fungsinya tetap sama iaitu :
  • Untuk menegangkan kulit.
  • Mencerahkan kulit.
  • Menceriakan wajah yang kusam.
  • Menghalang terbentuknya lubang bekas jerawat.
  • Menghasilkan tisu kulit yang baru.


6. PELEMBAP (MOISTURIZER)


Pelembap selalunya dihasilkan dalam bentuk krim dan mempunyai kandungan air, minyak zaitun, madu lebah dan jugak aloe vera.
Bertindak untuk melembutkan dan melicinkan kulit wajah serta melembapkan kulit wajah yang kering.

Pelembap biasanya terdapat dalam 2 jenis iaitu :

(1) KRIM SIANG (DAY CREAM)

Berfungsi untuk :
  • Menjadi agen tabir suria yang boleh menjadikan kulit cepat rosak sebab sinaran cahaya yang perit dan panas.
  • Melembapkan kulit agar kekal sihat dan tidak cepat berkedut.

(2) KRIM MALAM (NIGHT CREAM)

Fungsinya untuk :
  • Mencerahkan kulit.
  • Melembapkan kulit agar sentiasa kekal segar dan muda.

Camane??? So pasni korang semua tak yah la nak risau-risau kalau nak beli produk penjagaan wajah untuk kat umah ek. Secara amnya fungsinya semua sama. Cuma yang paling penting korang kenal jenis kulit korang dan cariklah produk yang paling tepat untuk kulit korang k!!... Sesungguhnya 
"KECANTIKAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN"
... waaahhah!! cheh!! (~__^).... hahahahaa!! See U!!

Wednesday, August 03, 2011

Segalanya tentang KULIT

HOLLA!! Salam Ramadhan buat semua!!

Bulan-bulan puasa ni memang takde la job mekap. Jadi Satin akan penuhkan artikel kat Ratu Satin Studio ni dengan segala info dan tips untuk semua pembaca setia.

Sebelum ni Satin pernah buat artikel tentang KENALI KULIT WAJAH ANDA & tips penjagaannya, MENGENAL WARNA KULIT dan jugak TIPS PENJAGAAN WAJAH UNTUK LELAKI. Tapi apa sebenarnya fungsi kulit??? Untuk itu hari ni Satin nak citer tentang KULIT dan juga fungsinya.

KULIT merupakan organ homeostasis yang penting untuk semua benda hidup terutama manusia dan haiwan. Bagi manusia, kulit merupakan organ manusia yang paling besar dan memiliki berat sekitar 6 paun. Bertindak sebagai rintangan atau pemisah di antara persekitaran luar dan dalam badan, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.

Antara fungsi KULIT ialah :


1. PERLINDUNGAN
Lapisan epidermis atau lapisan terkematu merupakan lapisan perlindungan tahap pertama daripada kemasukan bakteria. Lapisan ini yang sentiasa gugur menyebabkan bakteria sukar untuk membiak dan bertapak tetap pada kulit.

2. MENCEGAH DEHIDRASI
Lapisan berkematu amat berkesan untuk mencegah kehilangan air.

3. RANGSANGAN LUAR
Lapisan kulit (dermis) yang mempunyai banyak reseptor, membolehkan kulit peka terhadap perubahan persekitaran. Reseptor-reseptor ini boleh mengesan pelbagai rangsangan seperti tekanan, suhu, sentuhan dan sebagainya.

4. MENYIMPAN LEMAK
Lapisan kulit yang paling bawah merupakan lapisan lemak subkulitan. Lapisan ini merupakan lapisan yang kaya dengan lemak dan juga merupakan penebat haba.

5. SINTESIS VITAMIN D
Apabila lapisan kulit ini terdedah kepada sinaran matahari/ultra ungu, sinaran tersebut akan diserap oleh kulit dan bertindak ke atas prekursor dan seterusnya akan menukarkannya kepada vitamin D.

6. MENGHASILKAN BAU PENYAMARAN
Cenderung kepada haiwan, bau sangat berguna untuk tujuan pertahanan terutama bagi haiwan yang diburu oleh pemangsa. Bau juga bertujuan untuk membezakan antara haiwan tertentu dengan haiwan-haiwan lain. Pigmen dalam kulit sesetengah haiwan mampu meniru atau mengikut perubahan warna persekitaran.


Eerrmmm... tu la dia sedikit info tenteng KULIT yang dapat dikongsi bersama... Pasni sama-sama la kita jaga la kesihatan kulit kita ya... Jumpa lagi kat next artikel (^__^)

Daa daaa..!!