~ STUDIOs CREW ~

Tuesday, March 05, 2013

~ RT SATIN STUDIO ~

Alhamdulillah... "MY NEW BABY IS BORN"....

JUN 2012 - Akhirnya cita-cita untuk melahirkan Studio Mekap sendiri terlaksana dengan baik.
Walaupun buat masa ni, ianya hanya sebuah 'mini studio' namun ianya amat bermakna buat aku kerana inilah hasil titik peluh aku selepas 15 tahun berkecimpung dalam dunia persolekan.


Berbekalkan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi segala dugaan, tohmahan juga kritikan dari pihak-pihak dan individu tertentu, kejayaan terhasil juga untuk membuktikan keikhlasan dan kesungguhan aku selama ni...

Apapun aku tak pernah lupa untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga buat mereka-kereka yang sentiasa memberi dorongan, sokongan dan kekuatan pada aku.

Terutama sekali buat satu-satunya insan tercinta yang tak pernah jemu membisikkan kata-kata semangat dan azimat pada aku satu ketika dulu...
...dialah -> ABAH tercinta... yang kini telah masuk tahun ke- 5 pulang ke pangkuan Ilahi... Kata-kata semangat "...BOLEH!!... ADIK BOLEH BUAT... PERCAYALAH PADA DIRI SENDIRI, PEDULIKAN APA ORANG NAK KATA..." masih terngiang2 di telinga... dan andainya abah masih ada... tentunya dia insan pertama yang paling gembira dengan kejayaan ini...
Aku percaya... abah nampak segalanya... "TERIMA KASIH ABAH.... ADIK SAYANG ABAH SANGAT-SANGAT".... Al-Fatihah untuk arwah abah tercinta...


'RT SATIN STUDIO' (RSS) dari perkataan asal RATU SATIN STUDIO kini beroperasi sepenuhnya sebagai 'Make-Up Studio & Training Centre' di bawah pengurusan RATU SATIN (aku) sendiri. Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan pengalaman, aku mempunyai target, misi juga visi tersendiri dalam mengembangkan perniagaan melalui kemahiran ini, dan dalam usaha membina Empayar Ratu Satin. InsyaAllah...


Dimulakan dengan menyusun atur bilik ke-3 di rumah aku sendiri, RSS kini beroperasi dengan baik.
Memberikan 100% perkhidmatan profesional persolekan & tatarias wajah, RSS juga giat menjalankan bengkel-bengkel mekap & juga memberi latihan intensif  untuk sesiapa sahaja yang ingin belajar dalam bidang persolekan.

InsyaAllah... andai ada rezeki dan diizinkan Tuhan, RSS akan berpindah ke unit rumah kedai.
Semoga segala urusan ku dipermudahkan oleh-Nya...
Till we meet again... With love.... RATU SATIN ~

No comments: